bersorak tengok bola akhirnya..
26 April 2009
jarang saya nak melekat depan peti gambar bergerak menonton perlawanan bola sepak terutamanya. tetapi perlawanan akhir kelantan bertemu selangor di stadium bukit jalil telah membuatkan saya tidak berganjak. dengarnya banyak orang kelantan menuju stadium bukit jalil hari ini. bila kalah penalti 4-1, tak ada rasa kecewa. malah saya kata: memanglah tak masuk, penjaganya sudah jampi tiang gol! haha. lagipun pemain kelantan sepak tinggi sangat. atau tiang gol tak cukup tinggi? hahaha...
bonda bilang, zaman dia berada di zs, malam lawan bola peringkat akhir begini tidak ada prep. semua akan memenuhkan ruang yang ada peti gambar bergerak.
apa pun, kadang-kadang tengok bola ni menarik juga. saya paling tak puas hati dengan pemain selangor... asyik-asyik jatuh aja. trik ke, bang? pemain kelantan berapa banyak dapat kad kuning.. dah tu padangnya rumput tercabut! hihihi. dua-dua pasukan hebat? saya tak pandai. tapi adik saya yang berusia 14 tahun tu kata pasukan merah putih hebat. jurulatih pun kacak dari awal sampai habis.
erk! kalau perasan, entri saya lompong satu hari. sebab saya sibuk tidur. selepas itu saya balik kampung. ziarah mak ngah yang pernah jadi ahli keluarga bonda, kaki kirinya dipotong. juga ziarah do chik piah yang tenat. makan malam di rumah nenek. ikan singgang dengan budu saja.. tapi sedap! tak jumpa di sekolah tu menunya. balik-balik rumah, tengok bola. selepas itu? habiskan manikam kalbu.
saya cuba ingat-ingat balik soalan yang dikemukakan semasa forum.. gagal. yang saya ingat, saya ada sebut tentang rukun iman keenam. yakin dengan ketentuan Allah. tapi soalannya, benar-benar samar. entah tentang cabaran, entah tentang kegagalan. wallahu a'lam.











4 kata pembaca:
salam...
bonda awak zs?? samalaah kite...
bonda ex-zs yang kemudiannya mengajar di zs juga hingga 1997. :)
saya bersorak juga! pertama kali untuk bola sepak Malaysia. hehe. hampir meloncat bila Kelantan dapat gol pertama. Ingatkan hanya itu golnya. Baru je nak beria untuk Kelantan :p manalah tau kalau menang, Kelantan isytihar cuti hari ni. hehe.
itulah.. semua orang berharap untuk cuti hari ini. hihi
Post a Comment