klik sikit..

kata-kata aluan perawi

ahlan wasahlan! selamat datang! welcome!
jika ada lontaran idea di mana-mana riwayat, sila tinggalkan tambahan riwayat pada entri berkenaan. itu lebih molek..
jika suka dengan persinggahan saya, boleh turut serta di bahagian yang mahu syahid di hujung bawah kanan persinggahan ini.
juga dialu-alukan membuat pautan ke sini.
syukran. terima kasih. thank you.

[iklan] labu sayong


sekiranya anda atau rakan-rakan anda berminat mahu mendapatkan labu sayong untuk tujuan hiasan, majlis perkahwinan atau cenderahati, sila hubungi kak lyn - 0194281084

durian oh durian~

08 July 2009

sedapnya!

kan?

kan?

sayangnya ini bukan gambar yang saya tangkap atau pukul. saya cuma ambil-tak-curi di gugel aje. pakcik gugel marah tak? nanti di hujung entri saya pamerkan sumber macam biasa.

minggu ni sudah dua tiga petang mengadap durian. kadang-kadang terus cangkung di halaman rumah. kalau rasa mahu sedikit bersopan, bawa masuk ke dapur. rumah saya panjang ke belakang, dapurnya jauh. kena rentas ruang tamu, ruang legar baru jumpa ruang makan.

rasanya sudah banyak tahun tidak makan durian dari kebun sendiri. err kebun ayahanda. saya tak ada harta. kebun ayah tu kecil saja. muatlah dalam 15-16 pohon durian. dekat kubur. tahun ini kebetulan sekolah saya buka lambat sedikit berbanding sekolah orang lain. jadi saya berpeluanglah untuk merasa.

hari isnin saya bawa ummi solah datang ke rumah. langsung saya jamukan dia dengan durian. solah tak ada, tak dapatlah suap pada solah. lala ada bercerita tentang kebun durian ayah. bahagian tiga. orang di uk, melbourne, adelaide dan dubai jangan meraung. *gelak sopan*


penculikan gambar: http://www.samartfoods.com/images/1197246840/durian.jpg

4 kata pembaca:

Nour said...

ewaah..hehe asal ade yg menyebut2 dubai nih, msti tergerak hati nk menjenguk..aduhh mmg terliur durian nih..;p

NSyahidaS said...

xsuke durian....
tp tpksa jgk hidu baunya di rumah. sbb smua famili makan durian...

amn said...

macam tau2 je orang kat UK tgh kempunan durian. balik ni nak qada makan durian banyak2 ;)

maryam abu ahmad said...

@ nur & amn;
sabar la ye... kalau boleh transfer kut USB , memang nak bagi... :D

@ nsyahidas;
ruginya awak~

kemaskini persinggahan

pameran

angka pemerhati berkunjung

tukang jaga menerangkan

bahawa:
"kandungan isi blog merupakan lontaran idea spontan si perawi."

oleh sebab itu;
sila berhati-hati di jalan raya. kerana mat rempit tidak berjaya di trek hutan. juga kerana gadis litar tidak dapat menyeimbangkan dirinya yang bertumit tinggi ketika berdiri di daun.

riwayat perawi yang diilhamkan oleh pencipta perawi kepada perawi. sila sebarkan yang mana mendatangkan kebaikan. mudah-mudahan ia dikira 'tabligh', menyampaikan kebenaran.

yang mahu syahid

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP