jurnal seorang pelaut
04 July 2009
buku ini? sudah lama dibaca tapi baru sekarang terlintas mahu kongsi. tukang beli kata tak menarik, lalu saya telah mengakhirkan buku ini untuk dibaca. tapi bila baca, menarik! rasa nak jadi pelaut pula...
dulu saya pernah punya seorang teman siber yang tugasnya sebagai pelaut. dia merendah diri kerana kerjanya. saya tidak pernah tahu kerja pelaut ni. tentera laut tu, tahu lah juga. poknik, adik mak saya, pesara tentera laut yang berpeluang mendapat latihan di itali. dapat latihan ke kena bawa balik kapal ye? entah. kurang pasti. pergi melalui udara, pulang guna jalan laut.
berbalik kepada kenalan saya itu, dia menceritakan persepsi masyarakat pada pelaut. waktu saya berhubung dengan beliau, ada juga dia kepilkan bersama gambarnya singgah di mana-mana tempat menarik. kemudian akaun surat elektronik saya mati begitu sahaja kerana saya telah mengabaikannya. lalu saya pun terputus hubungan. kecewa? tidak. cuma tidak ada lagi orang bercerita akan rutin pelaut.
lalu bila buku ini saya baca, saya rasa seolah dapat sinar. *ecece* yalah, akhirnya dapat juga gambaran kehidupan pelaut. bahasa buku ini mudah benar. simple kata orang-tempat-saya-lahir. kawan-kawan saya yang baca buku ini pun sukakan ceritanya. sebab itu saya rasa menarik untuk diketengahkan. melalui cerita ini juga saya dapat melihat suatu peluang yang menarik juga. peluang apa? peluang pelaut menjadi orang baik-baik.
nak tau sinopsis, sila klik pada gambar ya!

2 kata pembaca:
Assalamualaikum,
Teruskan membaca buku, Kalau kelapangan jemputlah ke blog saya ya..bertukar pandangan dan link mungkin.
http://www.faridrashidi.com
insya Allah
Post a Comment