#Hope2Walk


klik pada gambar atau ronasina untuk maklumat lanjut. FB juga ada.
#Hope2Walk

29 December 2011

jalan menuju tuhan

kasi tukar tajuk sikit. tapi masih bercakap pasal jalan sehala. sebab jalan menuju tuhan ni sehala saja. kalau patah balik, tak jumpa tuhan jawab dia. habis, kau nak jumpa siapa? hihi... pusing macam mana pun setiap dari kita akan jumpa mati, iaitu pengakhiran kehidupan.

jalan sehala ni banyak jalan juga. jadi dia ikut jalan masing-masing. yang jenis suka berkumpulan, dia akan ikut kumpulan. yang suka sorang-sorang, dia jalan sorang-sorang. tak kira yang taat mahupun yang bermaksiat, semuanya akan jumpa mati. antara lahir sampai mati tu tak tahu berapa banyak jalan tapi dia cuma mengarah kepada mati sahaja. bezanya, ada yang cepat sampai pada mati, ada yang lambat.

untuk memahami jalan sehala ni, memang nak kena kenal diri. kenal kitaran hidup manusia... dapat hayati alam-alam yang ditempuhi manusia, itu lebih baik. barulah lebih bermakna jalan sehala yang nak ditempuhi ni.

kerana kita ini manusia yang Allah tentukan melalui jalan yang berbeza antara satu sama lain, maka konsep-konsep kehidupan perlu dipelajari bersama walaupun pada aplikasi berbeza. konsep yang sama, aplikasi berbeza mengikut apa yang dilalui. uniknya aturan Tuhan untuk kita.

Tuhan menguji apa yang kita percaya. maka, apabila diuji ke mana kita rujuk? ingatkah kita akan asal kita, dan ke mana kita nanti? kalimah inna lillahi wa inna ilaihi raaji'un itu mempunyai makna yang besar, yang memberi impak yang tidak terhitung kepada kehidupan manusia. segalanya jadi mudah. beban yang berat jadi ringan. tidak ada kesedihan melampau. tidak ada istilah putus asa.

jalan sehala yang banyak persinggahan. ada waterfall, ada pantai, hutan semulajadi, tak kurang tong sampah yang busuk, tandas-tandas awam dan macam-macam lagi. jalan sehala kehidupan yang maknawi memang tak nampak semua tu... yang ada mungkin gembira, sedih, perkara-perkara yang diingini berlaku, perkara-perkara yang tidak diingini berlaku... yg positif mungking semua orang tak mahu pertikai. bagaimana yang negatif?

di sinilah seni menghadapi kehidupan tu perlu. kesedaran bahawa jalan menuju tuhan ini cuma sehala akan membangkitkan rasa mahu meneruskan hidup selagi tidak bertemu hujungnya. dengan itu, kita tidak sempat bersedih, tidak ingin mengungkit perkara yang telah kita lepasi. tapi memandang perkara yang akan datang, yang masih kita bisa memilih ketaatan berbanding kemaksiatan.

kerana jalan ini sehala menuju Tuhan, jangan sesekali selang seli kan dengan kemaksiatan. topik ini akan bersambung lagi.

0 pendamai: