#Hope2Walk


klik pada gambar atau ronasina untuk maklumat lanjut. FB juga ada.
#Hope2Walk

27 December 2011

jalan sehala... lagi

Jalan jumpa Tuhan cuma sehala. Yang patah balik tu sebab salah jalan. [via Celcom SMS]
Sunday at 22:54 via Mobile
sedap pula berfikir pasal jalan sehala ni... sebab jiwa jadi lapang, fikiran dan perasaan jadi tenang walhal kalau ikutkan boleh je nak mengamuk tunjuk perasaan segala. kalau ikutkan dah tersasar.. tapi ni dah ubah arah masuk jalan sehala semula. tak patah balik pun, cuma ikut arah ke jalan tu semula. faham ke? kalau dapat kaitkan dengan quote kat atas, insya Allah mampu faham.

prinsip hidup yang mudah, bila ingat dari mana kita datang dan ke mana kita nak pergi serta kenapa, semuanya jadi ringan. semua jawapan Allah, maka apa lagi yang kita perlukan? mahu salahkan manusia? mahu salahkan haiwan? atau tumbuhan? atau alam? semua itu Allah juga yang cipta. dan semuanya dari Allah dan akan pulang kepada Allah. hanya manusia ni je asyik lupa nak balik pada Allah.

bayangkan, muslim yang baik kita kira jika jaga solat 5 waktu sehari semalam. tapi, adakah muslim tu sedar bahawasanya dia sedang dalam perjalanan menuju Allah? orang yang jaga kewajipan sebagai muslim tak semestinya dia sedar dia sedang menuju Allah. jika benar sedar, dia tidak akan berkompromi dengan kehendak dunia lagi.. terus dia tinggalkan dunia yang melalaikan dan beralih kepada dunia yang berbeza sepenuhnya tanpa teragak-agak.

saya tidaklah mahu menggambarkan ke-rigid-an atau ke-strict-an, cuma fikiran sangat terimbau akan sejarah para sahabat apabila merasai iman dan menerima islam... bagaimana wanitanya bila diperintahkan menutup aurat terus capai segala kain yang boleh dijadikan hijab. tanpa kompromi. kaaffah. seluruhnya. dan mereka tidak mempermainkan segala perintah... segala perintah dilaksanakan dengan penuh khusyuk dan tawadhu' tanpa terlintas mahu meminta keringanan sebab tak ada kain yang sesuai... sebab mereka tahu mereka dalam perjalanan bertemu Allah.

jalan sehala ini merangkumi seluruh kehidupan. maka, setiap perbuatan perlu diteliti dan dimuhasabah. apakah hari ni sudah aku sediakan diri untuk bertemu Allah?

saya rasa saya sudah stuck. nanti saya sambung lagi.

0 pendamai: