musafir ke kuala lumpur bersama ayahanda dan bonda serta adik-adik menyebabkan saya terfikir mengenai jalan sehala. lebih-lebih lagi saya dikehendaki menjadi penunjuk jalan sepanjang di sana walaupun saya dah tegaskan bahawa saya tidak mahir jalan di kuala lumpur! agak tertekan bila tersasar arah...
jalan sehala bila dikaitkan dengan jalan kehidupan yang kita lalui, rupanya tidak pernah dua hala! terutama bila saya fikirkan mengenai dari mana kita datang dan ke mana kita kembali. yang mana, sumbernya cuma satu iaitu Allah. sedar atau tidak, tidak kira beragama islam mahupun bukan, tidak akan ada kitaran hidup manusia ni bertentangan.. semuanya bermula dengan kewujudan dalam perut ibu, dilahirkan dan berakhir dengan kematian... bukan kah itu gambaran satu hala?
saya simpulkan jalan kehidupan ini sebagai jalan jumpa tuhan kerana matlamat seorang muslim yang beramal ialah Allah; tidak kira masa hidup mahupun masa mati. jalan jumpa tuhan ni banyak persinggahan yang boleh juga nak andaikan sebagai lorong-lorong kecil yang terdapat di kawasan setempat bila kita keluar dari lebuhraya. jalan jumpa tuhan ni lebih lancar bila lalu flyover, yalah sekurangnya-kurangnya tak kena berhadapan dengan lampu isyarat warna merah.
siapa yang ada u-turn dalam kehidupan maknanya dia telah termasuk ke mana-mana exit. mungkin masa tu dia sedang sibuk bercakap dengan telefon sampai tak nampak arah yang tunjuk menuju tuhan.
entri ni boleh dikembangkan lagi. oleh kerana saya kebuntuan (sebab penat), nantikan sambungannya. doakan.

0 pendamai:
Post a Comment