hati... telah lama gersanglepas tu sambung sendiri. haha! tetiba nyanyi lagu ni tau. waktu memanjat naik ke kayangan tadi, lepas order kueytiaw tomyam.
dari siraman kasih sayang
kerana hujan iman
sudah lama tidak turun
kita tanamkan kembali
budi siraman kasih sayang
agar hati yang gersang
tumbuh dan subur lagi
negeri saya belum berakhir musim tengkujuhnya. masih kehujanan lah yu! bumi masih menerima hujan. angin masih bertiup kencang. kelajuan tak tahu berapa. err saya hutang entri tadabbur alam. rasanya dah dua kali jugak saya tadabbur alam... benda feveret tatkala hati gusar dan galau dan... entah la.
hujan iman ni abstrak. tak nampak dengan mata. yang mana, iman ni jadi motivasi nak tambah amal soleh dan segala ibadah. yalah, lepas dah boleh istiqamah dengan satu amalan, takkan takmau upgrade ibadah kan... perlu tu bagi mencari pahala lebih. income lebih ndak, pahala takmau, tak aci ah!
iman motivasi terbaik nak jadi baik. tak cukup sekadar buat rukun islam je, dan berbuat baik pada ibubapa.. sunnah yang orang makin tinggalkan sekarang adalah amar ma'ruf nahi munkar. ajak buat baik, rasanya dah ramai 'motivator' tapi nahi munkar ni ramai yang 'melalak' je, tak ada strategi. nahi munkar ni kena buat dengan berhikmah..
iman juga motivasi untuk jadi sihat sebab al-mu'minul qawiy (mu'min yang kuat) lebih disukai Allah berbanding mu'min yang lemah. kena cepat-cepat dapatkan rawatan bila sakit. tak kira sakit nampak, sakit tak nampak, atau iman yang sakit.
ok rasa malas nak merepek lebih-lebih. sila request di ruang komen kalau mahu lagi entri macam gini. kalau tak, memang dia keluar ikut suka hati sayalah. hihi
sekian.

0 pendamai:
Post a Comment