#Hope2Walk


klik pada gambar atau ronasina untuk maklumat lanjut. FB juga ada.
#Hope2Walk

12 January 2012

MS 12: nikmat islam


mungkin ada yang dah nak muntah dengan bicara nikmat islam ni. tapi nikmat inilah yang ramai tak mahu kenang. lagi-lagi mengenangkan barang kesayangan rosak. lagi-lagi mengenangkan barang kesayangan hilang. lagi-lagi meratap hubungan tak menjadi. lagi-lagi meratap kegagalan peperiksaan. tolonglah, itu bukan pengakhiran kehidupan kerana nikmat paling besar adalah nikmat islam.

nikmat islam ni, tak dapat dihayati jika tak mahu. orang yang beragama islam pun takkan dapat hayati jika dia jahil. nikmat islam, hanya yang mengetahui akan menghargainya. malah akan mempertahankannya dengan harta, darah dan nyawa. tapi tidak mudah melatah jika ada yang mempermainkannya; kerana nikmat islam mengajar 'kebijaksanaan'.

macam mana nak tahu kita ni tetap dengan islam? rasa gembira bila mentaati Allah. bukan buat sesuatu tu sekadar nak melepaskan tanggungjawab tapi mahu mendekatkan diri dengan Allah. ini adalah petikan dari video di atas. video yang bikin hati sebak, boleh jadi drama sebabak. video yang bawa hati kepada tuhan, bukan gelak ketawa membahankan orang.

bila kita bermaksiat, tidak membawa kemudaratan pun pada Allah tapi kitalah yang binasa kerana kita bermaksiat. dan kita dipertanggungjawabkan dengan kemaksiatan yang kita lakukan. kerana itu jangan pernah merasa senang hati bila berada dalam keadaan kemaksiatan, sebaliknya bersusahlah untuk mengeluarkan diri dari zon maksiat itu dan ganjarannya mungkin sebuah mahligai yang lebih mewah dari mahligai diraja. tak mahu ke?

saksikanlah bahawa telah aku sampaikan kepada kamu sebahagian yang mampu aku sampaikan. mintalah lagi jika maklumat ini masih tidak mencukupi.

0 pendamai: