#Hope2Walk


klik pada gambar atau ronasina untuk maklumat lanjut. FB juga ada.
#Hope2Walk

14 January 2012

MS 14: pengangkutan air

hari terakhir 2011, saya pergi lepak di kota bharu dari awal pagi. azan maghrib pun tak sampai rumah lagi. jalan raja muda dah gelap, baru sampai. menakutkan juga tapi buat-buat berani lah kan.

hari tu, saya memang berjalan kaki ronda kota bharu. jauhnya dari kamdar ke tambatan diraja. ulang alik... dah katanya melepak kan. memang gilalah hari tu.. sakit kaki berjalan banyak sangat.

benda paling best hari berkenaan ialah saya discover bahawa masih ada rakyat kelantan menggunakan sungai sebagai perhubungan. pagi tu hujan renyai-renyai sekejap-sekejap. jadi saya pergi berdiri di tambatan diraja tu sendirian. takut juga orang ingat saya ni putus cinta dan nak terjun masuk sungai kan. haha.

saya suka tengok air sungai mengalir, ukur kelajuan air dengan sukatan deras atau toho. lepas tu gabungkan pula dengan pemandangan kehijauan pokok-pokok dan kebiruan langit.. pergh! kalau ada kamera atau pandai melukis, bestnya lepak situ! cantik... tambah pula angin bertiup menampar pipi. oh nyamannya! indah sungguh ciptaan Tuhan...

dan masa menghayati kejadian Allah tu la, saya nampak bot laju. ada dua penumpang. dan mereka turun tidak jauh dari tempat saya berdiri. dari tempat saya berdiri boleh nampak jambatan sultan yahya. saya membandingkan pengangkutan air dan darat. pengangkutan darat memang selalu jammed! saya kata, wah! alternatif yang baik mengelakkan kesesakan lalu lintas. tapi saya tak pasti berapa tambang bot. dan saya juga tak pasti, mereka tu dari kampung mana.

rasa macam ape jek, sebab lepas 27 tahun hidup baru tahu. yalah, lahir-lahir je jambatan sultan yahya tu dah ada. sekarang kerja-kerja membesarkan jambatan tu sedang dijalankan. jadi haiwei terus. dari situ, saya ambil semangat dan meneruskan agenda lepak di kota bharu.


ini merupakan lagu penuh mengenai hijab oleh abdelkader. video lagu tu saya pernah letak kat entri it's smiling. pokcik pun letak jugak kat blog dia.

lagu dia best. dia suruh para lelaki pesan pada para perempuan. penggunaan perkataan apakah ini?

0 pendamai: