hampir mahu menamatkan entri namun teringatkan sesuatu sebelum tidur siang tadi. ya, kesihatan yang tak baik mengundang tidur. bangun tidur, terus lupa apa yang difikirkan sebelumnya. bila ingat, perlulah dirakamkan di mana-mana agar dapat diingatkan semula.
saya sering menulis usia saya. di mana-mana. dengan tahap kesihatan yang semakin merudum, rencana kehidupan saya jadi berbeza dengan siapa pun. perkara yang dipentingkan orang lain, saya ketepikan dan serahkan semuanya pada Allah. yang saya utamakan semuanya perkara yang menonjolkan mementingkan diri sendiri. siapa tak mahu usahakan syurga, kan?
tapi saya lupa melihat sekeliling. maka hari ini Allah tunjukkan saya orang yang lebih dahulu melalui kehidupan seperti saya. dan ia merubah persepsi. ya, sekadar persepsi tapi tidak rencana kehidupan. kerana orang macam saya sangat perlu bergantung pada Allah setiap masa agar masa kesakitan datang tidak lupa pada Allah.
mengingati Allah perlukan latihan yang kerap berbanding mahukan A untuk subjek add math. macam ada satu video ni... kejap saya cari untuk letakkan di sini.
setiap manusia ni ada kelebihan masing-masing dan ada kelemahan masing-masing. dan sendiri kena sedar apa kelemahan masing-masing. dan untuk diri saya, sejenak terlupa akan Allah, memang buat saya kesakitan. tidak hanya sakit fizikal, tapi jiwa juga melayang. hanya jasad masih bernyawa dan meneruskan kehidupan. tapi saya sedar saya perlu cari penyelesaian.
lalu bertemu dengan orang melalui kehidupan dengan penyakit seperti saya alami ini menambah kekuatan jiwa untuk terus mengharunginya... ya, ingatlah Allah banyak-banyak, berusaha meraih perhatianNya, yang lain serahkan kepadaNya.
wallahu a'lam.

0 pendamai:
Post a Comment