terlajak perahu boleh diundur3 hari untuk berfikir tentang padah. ha... buat pasal kan, kena lah terima padah. dan terimalah padah dengan hati yang berlapang dada dengan Pemilik Alam Semesta ni... saya tak tulis saja-saja, tapi tulis dengan tujuan memujuk hati sendiri...
terlajak kata buruk padahnya
hati belum lapang lagi ke? haih! bukan sebab belum lapang... cuma belum selesai dengan orang berkenaan je. saya dah cuba sampaikan mesej dekat dia masa tu juga. mungkin dia tidak baca. nak hantar banyak-banyak melalui banyak cara, takut mengganggu pula. mungkin cara lain tu selepas ini.
kadang-kadang benda paling kita nak elak tu la yang jadi. kita dah cuba sedaya-upaya untuk elak tapi Allah jua yang menentukan. benda dah jadi, dan ini bukan muvi if only yang boleh jumpa orang tua pemandu teksi untuk putar masa. apa yang boleh saya buat bila jadi, kena muhasabah diri lah dan belajar kenal Allah lagi. kenal Allah tu equal to kenal orang yang terlibat jugalah. kenal Allah, kenal diri dan kenal makhluk Allah yang lain.
ada orang akan panjangkan tapi saya rasa hentikan adalah lebih baik. mohon maaf di khalayak dan cari cara privasi untuk menjernihkan keadaan. 3 hari adalah waktu maksima yang nabi kata tak boleh tak bertegur sapa sebab bergaduh. tak contact tapi damai, lain cerita.
cukuplah padah ini. saya percaya dia baik-baik saja. dan dia orang yang baik. *saya memang jahat* bila dia akan jumpa mesej tu pun saya tak tahu. macam cerita novel pulak, kan? haha... benda ni jadi sebab saya lah yang tak jelaskan dari awal. lepas tu melepaskan perasaan yang tak berapa stabil.. kan dah jadi drama... memang padan muka saya!
ok. ambil pengalaman ini. berapa lama pun kita mengenal orang jangan pernah anggap kita sudah kenal dia. sebab syaitan memang menunggu peluang untuk memutuskan silaturrahim dan syaitan tak pernah kering idea! sekiranya akibat pertelagahan merenggangkan hubungan, maka syaitan berjaya. tapi kalau semakin rapat, syaitan tentunya frust. ha... saya sedang ajar diri sendiri ni. sape nak ambil pengajaran sekali, boleh juga.
sekian.

0 pendamai:
Post a Comment