#Hope2Walk


klik pada gambar atau ronasina untuk maklumat lanjut. FB juga ada.
#Hope2Walk

25 January 2012

MS 25: hari semalam yang mahu diingati

Allah memang adil. walaupun sedih, dia bagi saya kegembiraan juga. sebab tu tak boleh berhenti mengucapkan alhamdulillah. saya sudah lama tidak ketawa. saya juga sudah lama tidak ceria. saya tahu puncanya. tapi apa daya saya, kan?

hari semalam, tok abah suruh pergi ke besut, lebih tepat lagi kampung kerandang di besut untuk menghadiri kenduri sepupunya. saya yang dah berhari-hari tak keluar rumah ikut serta. sampai di sana, kaum keluarga belah tok abah sedang makan. masa kami makan pun masih ada yang sampai. tok abah sendiri sampai selepas kami beredar pulang. dia makan buah langsat dulu dengan menantu bongsu dia. haha.

masa nak balik tu, seorang atuk sedara tanya jalan pulang. kami memang suka bermesra dengan saudara mara yang sporting. atuk sedara ni saya suruh dia pakai hand sanitizer sebab tangan dia bau daging lepas tu dia komplen cakap bau macam kek! adeh! ok, nak jadi cerita panjanglah penerangan jalan pulang kepada dia.

atuk sedara ni sesat masa datang, sebab tu dia tak confident nak balik. kami gelak je la pada atuk ni. mata atuk sedara ni sepet, bila dia senyum macam tak ada mata je. haha. dia datang berlima dengan nyang tiri saya, adik dia, anak dia dan anak adik dia. sebelum bergerak tu memang cerita dulu jalan nak balik.

tu cerita ke besut. malamnya kami ke pulai chondong, rumah atuk. atuk tak berapa sihat. kesal pulak tak sembang dengan atuk dari awal sampai.. orang tua kan? dia tak kisah sangat duit dan lain-lain tapi dia nak orang tanya khabar dia, sembang dengan dia. cewahhh, tiba-tiba saya jadi orang yang sangat memahami orang tua.

sampai rumah nenek, ada macam-macam lauk juga. dari kenduri mana-mana tah. kami bawa tomyam hamid sepuluh ringgit je tu pun licin dikerjakan! bawang dengan daun limau purut serta serai je kut orang tak telan. oh kami sampai sebab ayah xue lah. ad-hock planning... dia ajak ke rumah atuk, kami apa lagi, sahut je lah. xue tanak nasi. ayahanda tak ikut serta, dia ada urusan.

mula2 bertujuh, ambil sorang di kb mall. ke rumah atuk. dalam perjalanan si nasibah cerita pasal pembelajaran nursing dia. terkekek saya ketawa. sampai bagi amaran kat dia berhenti cerita dulu sebab saya sedang memandu! haha... bahaya memandu sambil ketawa ni. dah la kereta ber'jujuk-jujuk'.. saya pun pandu 40km/j je...

di rumah atuk, memang kecoh la. rumah atuk ni happening dia macam tu la. tak ada semua pun ok. janji gembira. sape nak datang, datang. tak perlu dijemput. nenek pun sporting, layan semua anak menantu cucu.. bergelak ketawa di rumah atuk memang seronok. tu belum ada semua. kalau tak, happening dia lagi la dabel triple. prosperity... heh!

balik, ambil sorang lagi. fuh! penuh cik inno tu. 9 anak + bonda. hari ni, rumah sunyi. yang sekolah pegi sekolah. yang kerja, pegi kerja. yang ada urusan pun keluar. gembira la semalam dapat jadi pemandu.

0 pendamai: