saya mahu lakukannya, selepas satu perkara yang bakal dilaksanakan dalam masa terdekat insya Allah. saya mahu deactivate facebook setelah beberapa hari saya berjaya tidak membukanya. saya tidak ada isu di sana. tidak ada sebarang pertelagahan tapi inilah yang saya mahu lakukan sejak beberapa lama.
saya cari kekuatan untuk lepaskan jaringan sosial siber bernama facebook ini. selama ini pun sudah beberapa kali saya deactivate kan. tetapi sering saja saya kembali semula. beberapa hari memutuskan hubungan facebook text sms, saya rasa lega. RM4 sebulan sudah saya tarik pelaburannya. jadi selama ini saya rasa terikat dengan fesbuk cuma kerana pelaburan sebanyak RM4?
saya banyak menghabiskan masa di jaringan sosial siber. sejak mengenali internet, banyak yang pernah saya sertai namun tidak kekal. malah ada yang saya lupa kata laluannya! saya tidak kesal. itu adalah lumrah kehidupan. bila fesbuk muncul, ia benar-benar menguji keghairahan saya di dunia maya. fesbuk mencuri banyak masa saya. walaupun kemudiannya saya tidak lagi mengemaskini status bukan-bukan, fesbuk tetap mencuri banyak masa saya. masa, elemen kehidupan duniawi yang ALlah pentingkan dalam al-Quran.
saya kembali lagi ke dunia fesbuk, apabila bosan jadi penunggu timeline twitter setiap kali. lalu selepas itu saya kesal lagi. saya benar-benar nekad tatkala membuang aplikasi facebook text sms dari akaun fesbuk saya. sebab utama, saya mahu lihat kesannya kepada saya. ya, saya jadi bebas dari belenggu fesbuk... dan kini saya rasa bebas juga untuk deactivate facebook.
dunia jaringan sosial siber ni tidak real. itu yang saya baca beberapa hari lepas. tak silap saya surat pembaca. hari apa wardina letakkan saya tidak pasti. saya tidak larat untuk login fesbuk semata-mata untuk pautan surat itu. sebelum itu, saya sudah terpengaruh dengan entri blog encik imaen. dan dunia itu juga telah mempengaruhi disiplin kehidupan saya. itu yang sudah beberapa lama saya mahu betulkan.
saya kurang berdisiplin, sebab itu saya perlu membuangnya dari kehidupan saya. lagi pula, fesbuk telah buat saya menyibuk dengan dunia manusia-manusia yang tak perlu saya tahu pun... tak perlu cari, ia sememangnya terpapar tanpa dipinta! saya sudah lama tidak meninggalkan komen, tidak menekan butang 'like' mahupun kemaskini status yang menarik. semakin lama, saya semakin tiada urusan dengan facebook sebenarnya. notis-notis yang naik pun cuma pos-pos dalam grup yang saya sertai.
saya berharap, saya berjaya deactivate facebook selepas ini.

2 pendamai:
tak pernah terfikir pulak nak deactive fb...
thanks juga dengan link blog encik imaen / dapat pengetahuan baru
wow! uncle gedek tinggal komen kat blog saya! *teruja*
ramai yang belum fikirkan lagi uncle since di Malaysia ni kerajaan pun pakai FB.
sama-sama untuk link blog encik imaen.. :)
Post a Comment