#Hope2Walk


klik pada gambar atau ronasina untuk maklumat lanjut. FB juga ada.
#Hope2Walk

10 January 2012

pendam... rahsia...

kian lama terpenjara mencari makna cinta..
eh, salah lagu ni...
ku pendamkan perasaaan ini
ku rahsiakan rasa hati ini...
ini lagu yang saya nyanyi tadi... hihi

memang kena pendam, memang kena rahsiakan. takkan nak umum kat satu dunia pulakkan benda-benda yang menggusarkan hati. sakit zahir (yang tak nampak tu zahir jugak kesan dia, haha!) bolehlah wara-warakan. yang tidak zahir tu, cari port lain untuk zahirkan.

ha... maaf ye, dah lupa apa kaitan lirik lagu unic tu dengan entri yang nak ditulis ni. cuma sekarang ni memang tengah praktik untuk jadi pemendam perasaan yang berjaya. lagipun dah ada port untuk luahkan, tak perlu nak gusar-gusar lagi dah.

dah banyak hari mood blogging lari. kadang-kadang idea tu ada tapi tak boleh nak susun ayat untuk ekspreskan idea tu. macam entri ni lah. tapi entri ni, masa ada benda nak disampaikan tu ada benda lain yang lebih utama.

oh, nanti saya nak mengimbau keindahan alam yang saya alami di pondok tok selehor, kg laut. sekian dulu.

0 pendamai: