#Hope2Walk


klik pada gambar atau ronasina untuk maklumat lanjut. FB juga ada.
#Hope2Walk

01 January 2012

selamat datang, 2012!

saya tak mahu tahu pasal sesiapa. saya pun tak minta orang tahu pasal saya. jangan usik barang saya, tempat saya. sebab saya akan jadi macam naga dengan mudahnya. jangan tuduh saya tak pandai kawal. apa kau tahu setiap saat yang saya lalui?

fasa penyakit, saya pun tak tahu fasa apa. kau tak berada kat tempat aku, kau jangan nak ajak aku bergaduh pulak! saya tak tahu apa kemampuan makhluk itu. yang bersalah nanti dilihat sebagai saya. sayalah yang buruk! tak berusaha untuk baik... tapi nak ingat Allah pun dah cukup susah, nak tambah beban apa lagi pada saya?

fasa penyakit yang saya hanya boleh beritahu saya dah tak boleh bezakan diri sendiri dan gangguan. bila saya melawan, makin teruk amarah saya. sekarang saya pilih untuk melawan. dan risikonya, lagi ramai orang marah saya, nak ajak saya bergaduh. saya tak perlukan sesiapa kalau tak boleh bagi kerjasama kawal diri masing-masing.

lepas dah jadi sesuatu, kalau saya tak ingat, maknanya itu bukan saya. saya sedar perkara tu jadi tapi ia di luar kawalan saya. fasa ini juga, saya hilang ingatan.

kalau harap saya buka mulut, saya tak akan buka mulut. kalau orang lain boleh bantu saya dengan sekali cakap, kenapa tak keluarga sendiri. sendiri lupa, sendiri tak ingat, selidik lah diri sendiri. saya malas nak ambil tahu. yang saya tahu, bila saya sudah habis daya, Allah akan panggil saya pulang tak kira saya bersedia atau tidak. jika tidak nyawa, kewarasan. sekarang pun selera makan dah menurun...

saya cuma ada Allah setiap saat dengan saya, yang menyaksikan bagaimana saya hadapi onak ini. penyakit tak nampak ni ada stage macam kanser juga.

1 pendamai:

(^_^) said...

Moga Allah tambahkan ketabahan dan kesabaran kepadamu.. Saya hanya mampu membaca rintihanmu dan mendoakanmu..