.

.

15.1.15

Pelaburan

Pening juga nak memilih pelaburan.

Sekadar corat-coret aje la ni ye.

Rupa-rupanya simpan di Tabung Haji lebih tinggi pulangannya dari mana-mana akaun pelaburan perbankan yang ada. Ni tak termasuk Unit Trust. Belum belajar tentang unit trust. Baru godek-godek maklumat mengenai Commodity Murabahah KFH sepertimana yang diperkenalkan oleh Ummu Amjad.

Rupa-rupanya saham di Koperasi Islah Malaysia Berhad lebih tinggi ganjarannya berbanding Tabung Haji.

Ha kan dah jadi konflik di situ.

Cuba kira-kira di sinihttps://ringgitplus.com/en/fixed-deposit/islamic/, produk KFH. macam tak memberangsangkan pun! rasa macam penat pula nak melabur. Hmmm... Belum ada kekuatan nak salur seratus peratus ke KIMB.

Gaji adalah. Tapi kata menteri, nilai gaji saya kira miskin. Miskin jugaklah rasa dia sebab hanya mampu sewa bilik dan bergantung pada kenderaan awam. Hutang dah langsai. Ada simpanan. KWSP baru mencarum lebih kurang 20 bulan. Kerja baru tak ada kelebihan semua tu.

Keinginan terlalu banyak menjadikan keperluan kewangan tu meruncing. Mana ada benda percuma... Duduk rumah pun masih kena bayar elektrik dan air. Kalau nak membaca, kena beli buku. Mana ada benda percuma!

Sudah-sudahlah. Berbalik kepada perkara pokok, pelaburan. Hari ni, dianggarkan 2 juta diperlukan untuk menampung kehidupan selepas pencen hingga mati. Pegawai kerajaan ok lah, ada pencen. Kerja swasta, kalau tak ada takaful, memang sakit. Pendek kata, jika mahu pendapatan, kena kerja sampai mati. Tapi mampu ke nak kerja lagi masa umur 70? Jadi kena bijak, pandang ke hadapan.

Untuk jangka masa panjang, pilihlah emas. Lain-lain? Carilah alternatif. Saya pun masih belajar.

KIMB ialah Koperasi Islah Malaysia Berhad. Koperasi ni setakat hari ini, keahliannya eksklusif untuk ahli Pertubuhan IKRAM Malaysia sahaja. Caruman minimum cuma RM25 sebulan yang merangkumi saham, simpanan, pengurusan, infak dan kebajikan. 2013, KIMB isytihar 7% pulangan saham dan 4% hibah atas simpanan. Kan lebih banyak dari Tabung Haji tu?

Apa pun, ini hanya sebahagian kecil aplikasi ilmu kewangan.

Saya tak bercita-cita besar. Sekadar mengimpikan mahu menunaikan haji waktu muda dan mampu bersedekah. Hidup tanpa hutang! Bercuti? Tenangkan fikiran dengan amal kebajikan. Lebih berbaloi. Tapi itu pilihan peribadi.

Apapun, pelaburan ni carilah yang shariah-compliance. Tak rugi ambil pendapat yang berat jika mahu berkat.

2 comments:

  1. akak sebelum ni simpan kat ASB je tp sbb ada konflik hukum pelaburan ASB, so cari alternatif lain.. last year baru start buat pelaburan unit trust.. tp unit trust ni kena long term la baru la nampak keuntungannya..

    nak buat pelaburan emas, rasa macam susah pulak nak bab nak simpan emas fizikal..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kak Achik,

      Pelaburan emas, kalau KFH, boleh simpan sana. Tak kena caj atas dasar qard hasan :)

      Delete

Terima kasih kerana meninggalkan jejak! :)