.

.

21.1.16

Krisis (dalam) Negara

Satu demi satu tragedi menimpa negara tercinta. Januari 2016 seolah menghampakan segala azam, segala hasrat. Sedang 2020 bakal menjelang tidak lama lagi.

Tragedi yang berupa krisis-krisis yang tiada upaya untuk rakyat tentang. Penindasan dan kezaliman mental dan cara hidup terus-terusan berlaku. Hak warganegara tetap juga dicabul oleh sang pemimpin yang entah dari mana datang suara sokongannya.

Krisis kepimpinan menjadikan rakyat tidak keruan. Idea-idea gila datang dari menteri sehingga namanya dijadikan vocab bagi menggambarkan perkataan-perkataan negatif. Sudah lah negara ini berbilang parti, ada lagi parti di dalam parti. Pangkat, kuasa, tidak keterlaluan jika mengatakan termasuk wang; menyebabkan kewarasan poli-tikus seolah tercicir tanpa dapat dikesan.

Yang terkenal sebagai pembangkang ada yang sudah melupakan ranjau dan duri. Tidak lagi dapat membezakan prinsip mana yang tetap, yang mana boleh berubah.

Saya tidak tahu di mana letaknya rakyat di hati dan fikiran pemimpin sebegini.

Krisis ekonomi semakin meruncing. Dari harga minyak yang turun naik diikuti perlaksanaan GST, seterusnya kedudukan ringgit yang menjunam, dan hari ini merosotnya harga minyak dunia. Kos pengurusan tak mampu lagi ditanggung oleh pengendali swasta, kesannya pekerja dikurangkan. Alternatifnya diganti dengan pekerja asing yang jauh lebih murah bayarannya.

Ketidakcukupan rakyat menanggung kos sara hidup yang semakin meningkat menarik perhatian menteri. Namun saranan yang diberi adalah melakukan 2 kerja. Tahukah menteri, rakyat kamu nak dapatkan 1 pekerjaan pun susah? Bersempena tahun baharu, sesi persekolahan baharu, ada pula khabar ibubapa tak cukup wang untuk bayar yuran!

Krisis ekonomi juga memberi kesan kepada mahasiswa secara langsung. Pinjaman dipotong. Kisah mahasiswa lapar didedahkan. Mahasiswa yang diharap menjadi pemimpin di masa akan datang dikecam, dicemuh ekoran pendedahan ini. Mahasiswa dituduh tidak pandai mengurus belanjawan!

Pengusaha kafe di kampus berusaha mengadakan menu kategori mampu untuk mahasiswa. Makan adalah hak asasi, sekurang-kurangnya sekali sehari. Bagaimana dengan perbelanjaan sampingan untuk pelajaran? Mencemuh pelajar yang minum di cafe hipster, memiliki iphone 6s; adalah tidak adil disamaratakan berpuluh ribu mahasiswa di seluruh negara.

Dengan keadaan ekonomi kini, mahasiswa turut mendapat tempias susah mendapatkan tempat untuk latihan industri. Pengambilan dibekukan atau begitu minimum. Walau ada yang sanggup tidak dibayar bagi melengkapkan kursus, membenarkan seseorang berada di premis pejabat juga melibatkan kos. Bagaimana mungkin pendedahan kepada sektor pekerjaan dilakukan dalam keadaan begini?

BSN pantas menperketatkan syarat pinjaman bagi pekerja sektor oil and gas. Khabar terbaru pula biasiswa JPA dibekulan. Oh, negaraku! Sementara di utara tanah air, seorang MB mahu digantikan.

Siang tadi masyarakat twitter disibukkan dengan hal senggugut wanita. Begitu ramai yang mengulas padahal ianya perkara normal bagi wanita yang mempunyai rahim. Perkara begini sebenarnya hiburan sementara umpama commercial break ketika siaran berita perdana.

Pokok pangkalnya, kita berhadapan dengan krisis yang amat dahsyat. Krisis kepimpinan, ekonomi dan juga akhlak. Tersalah pilih pemimpin kah selama ini?

Jangan dilupakan isu TPPA yang mendapat jolokan jual negara. Membaca sepintas lalu apa itu TPPA, melihat Indonesia menolak TPPA, saya merasakan Malaysia akan menyaksikan seorang 'Bou Azizi' jika poli-tikus terus membaiki labu.

2 comments:

  1. Salam..thanks singgh blog sara, walaupun blog dah bertukar nama..hehe

    Bila mendengar & melihat tentang pekembangan malaysia.. rasa cam nak pergi ke negara lain je..hehe..
    tapi sejauh mana pun kita pergi ujian Allah tu tetap ada..

    Bagi pendapat sara..apa yg terjadi ni mungkin Allah nak tunjukan samaada kita bergantung hidup pada Nya ataupun pd yg lain..
    mungkin juga Allah nak uji tahap keimanan kita & ingin melihat bagaimana kita nak harungi ujian ini..
    kalau tgk kt media sosial bila sesuatu perkara terjadi bahasa2 kesat,maki hamun yg bnyk keluar..sedih membacanya..
    apa2 pun cuma Allah mengetahui segalanya..Dia yg telah mengaturkan setiap sesuatu.. semoga kita dpt menghadapi dengan penuh ketenangan & senyuman..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Terima kasih kerana singgah, Sara :)

      Penerimaan sebagai individu sememangnya berbeza apabila kita memandang orang dibawah. Kita sibuk upgrade kehidupan kita sedang ramai yang juga yang terpaksa downgrade kerana krisis-krisis yang saya sebutkan.

      Hari ini, jangan pula sara terkejut jika kita dikatakan tidak mampu menunaikan haji walaupun sudah sekian lama menabung di tabung haji ;)

      Hakikatnya sara, menyuarakan ini sebahagian dari perintah amar ma'ruf nahi mungkar hehe...

      Delete

Terima kasih kerana meninggalkan jejak! :)