.

.

7.6.17

61: Ramadan 1438H

Tahun ni tak ada diari Ramadan. Di instagram pun sekadar letak hashtag dan baru update sekali.

Sebenarnya ada target nak dicapai kali ni. Target rutin. Dah 12 Ramadan, target tu belum sekali pun tercapai. Sedih, kan? Patutnya luahan perasaan macam ni dekat blog rahsia. Tak apalah, sesekali sembang hal rasa.

Sebelum Ramadan, lama sungguh kesihatan diuji. Dah puasa pun masih batuk. Akhirnya cuba makan anti-histamine buat kesekian kalinya. Alhamdulillah, dah tak batuk yang tersekat nafas tu. Dah la batuk kering. Harap kesihatan baik sampai habis Ramadan. Taknak juga beraya dengan demam...

Ramadan tahun ni, kembali ke masjid Asy-Syakirin, KLCC untuk bertadarus. Tapi iftar balik ke Masjid As-Sobirin. Banyak faktor... Menu, restroom yang makin jauh dan kena turun bawah. Dah la tak suka tangga. Jadi rutin harian tu terkejar-kejar sikit.

Dah Ramadan, teringat orang-orang yang tak ada. Allah! Rindu...

Rindu juga dengan kawan-kawan yang selalu iftar bersama. Mesej kak Zie, dan Masya Allah, kak Zie dah dapat anak! Allah kurniakan Rayyan Adam Anuar untuknya dan Abe Yo. Tak pernah tanya tapi yakin Allah akan anugerahkan bila tiba masanya. Kata kak Zie, Rayyan nama pintu syurga untuk orang berpuasa... dan nama tu dipilih sebab kenangan Kak Zie di bulan Ramadan berdoa mohon dikurniakan anak. Subhanallah!

Pada saya, ianya hak ibubapa untuk menamakan anak dengan sebarang nama yang diingini. Namun cerita nama Rayyan ni buat saya terkesima.

Hari pertama Ramadan, sampai awal di masjid KLCC. tegur Makcik Mardziah. Selalu jumpa dalam bas sebelum berkereta. "Bila nak kawen?" tak agak-agak makcik ni tanya soalan. Dah lama pun tak dapat soalan cepu emas ni. "Mana tahu jadi macam makcik," jawab saya sambil ketawa. Lalu kena marah. Makcik Mardziah berusia 70 tahun dan tak pernah bernikah. Berhenti kerja ketika krisis ekonomi 1987. Tak suka duduk rumah, sebaliknya hari-hari keluar menaiki bas ke KL mengikuti kelas agama.

Sekian cerita separuh pertama Ramadan. Harap adalah cerita separuh kedua Ramadan,

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana meninggalkan jejak! :)