.

.

10 October 2017

66: Rindu

Sesuatu yang dirindui ketika menaiki kenderaan awam ialah memenuhi masa. Tidak dinafikan peruntukan masa amat banyak dibandingkan dengan aliran wang keluar, khususnya menaiki bas. Bayangkan menaiki bas, saya cuma habis RM5 sahaja untuk dua hala. (Harap tambang bas belum naik)

Tapi, masa menunggu dan masa di dalam bas adalah amat berharga. Saya pernah menulis cerpen dan ia berjaya menambat hati penilai. Keinginan menyampaikan cerita membuak-buak menyebabkan saya memanfaatkan telefon pintar.

Selalunya, saya gemar membaca. Kerana itu, saya selalu membawa buku. Sampai lunyai buku-buku saya, sebab beg tangan tak sama dengan beg sandang. Maklumlah sering diseluk mencari pelbagai barang terutamanya telefon bimbit. Cari pen pun begitu. (tapi beg saya bersih dari resit pembelian, ya!)

Yang lebih berharga pada saya, masa tersebut saya dapat manfaatkan mengulang hafazan al-Quran. Kiranya, walaupun liat di rumah, ada waktu yang saya terpaksa paksa diri mengulang sebab tak ada apa nak dibuat. Hasilnya, bacaan saya lancar, kecuali jika ustaz usik. Sebabnya saya akan jadi keliru.

Saya bukanlah nak berkira bab wang. Saya cuma rindukan masa dan 'paksaan' (force) yang gagal saya manfaatkan sekarang. 

Jika penat, saya boleh tidur. Selalunya saya terjaga apabila hampir ke destinasi. Sempatlah saya jana semula tenaga. Dan, saya rindukan aunty Tan.

No comments: