.

.

30 September 2020

118: Hashtag Menjadi Rujukan

Sengaja cipta satu hashtag (#MaryamFight) untuk rujukan pada bila-bila masa. Rupanya keadaan sekarang bukan pertama kali. Sudah terjadi beberapa kali, cuma kali ini pertama kali berpanjangan. 

Ya Tuhan!

Memang rasa tak kuat. Tanggungjawab mendepani hidup buat terus berdiri walau apa jua keadaan mendatang. Sungguh kekuatan itu bukan dari diri sendiri, kerdilnya manusia. Serapuh mana pun manusia, yang membuatkan dia terus berdiri itu kekuatan yang Allah beri.

Pemilik alam ini Allah Maha Kuasa. Tuhan Sekalian Alam. Maka percaya ada caranya untuk mengatasi gangguan yang menggangu sunnahNYA dan sunnah 'alam.

Ketakutan.
Terasa hidup bakal berakhir.
Aku hanya manusia biasa yang sememangnya bergantung pada Tuhan untuk kelangsungan kehidupan.

Mixed up, messed up. Allah ada. Allah yang melorongkan siapa pun yang mahu membantu. Allah jua memperlihatkan status yang boost up. KuasaNYA yang tiada siapa yang boleh tandingi.

Yang mengganggu itu makhluk Tuhan jua. Dan DIA lah yang berkuasa menahannya. Jika diizinkan sekalipun, DIA jua yang berkuasa mengembalikan keadaan asal.

Kehilangan kata untuk menulis semuanya, maka aku muntahkan sekadar terdaya untuk rujukan di masa akan datang.

10 September 2020

117: Bertarung dengan Kebosanan

Susah!

Perkataan pertama dah negatif. Itulah yang kena hadap sejak sebulan lepas. Kadang lulus cemerlang, selalunya macam ni lah... tak tahu nak buat apa. Teruk betul perasaan macam ni.

Dah lah bosan tak tahu nak buat apa (taknak buat perkara yang difikirkan sukar walaupun mudah je sebenarnya), malam tidur terganggu. Tapi macam tu lah, tak berdaya nak melawan. Entahkan rasa, entah biologi, entah lah apapun tak dapat dikenal pasti.

Belum jam 3 petang dan terpaksa menulis bagi mengisi masa. Penantian adalah satu penyiksaan. Alamak! Tunggu masa balik kerja aje pun. Lepas tu buat apa? Tak tahulah... Kemalasan menguasai diri lagipun.

Nak buat banyak benda tapi kenapa entah duk fikir hal fokus. 

Tidur pagi semalam di satu sudut ofis, kemudian rasa ok. Tak ok sangat lah cerita dia, but halfway ok.

Pagi ni rasa tak betul, malasnya nak datang kerja... tak bersemangat. Sampai awal, tidur.

Dah menulis macam diari pula. Aduhai!

Semoga fasa ini segera berlalu dan boleh berfungsi sebagaimana dulu.