.

.

24.5.20

113: Days of Conditional Movement Control Order - Ramadhan PKPB

1 Syawal - REVIEW RAMADHAN

Alhamdulillah wasy syukru lillah kerana berjaya jua menghadapi Ramadhan secara bersendirian untuk makanan rohani. Makanan badani, masih ada kawan yang makan saja masakan saya walaupun tak sedap tanpa banyak kompelin. Disebabkan kegagalan saya menguasai disiplin kemahiran memasak, maka kawan saya lah yang lebih banyak menyediakan makanan sahur dan berbuka. Semoga Allah merahmati kawan saya ini. 

Ramadhan sentiasa saya jadikan waktu untuk reset. Memulakan semula apa yang gagal dibawa dari Ramadhan lalu. Sungguh saya ini Ramadhaniyyin, mudah-mudahan masih berkesempatan meningkatkan diri menjadi sebahagian dari Rabbaniyyin.

Walau diuji dengan kesihatan fizikal dan mental, Allah beri kekuatan untuk 'mendirikan Ramadhan'. Beberapa kali berlaku mental breakdown sebenarnya, adakalanya terasa seperti zombi... Saya rasakan ianya begitu luar biasa, yang mana saya tidak mampu harungi tanpa menyedari Allah itu sangat dekat, malah lebih dekat dari urat merih.

Serangan asthma yang tidak berhenti, kaki terseliuh, kemudian menjemput gastrik gara-gara sayur kobis.. saya hilang fokus. Saya terlupa akan serangan asthma disebabkan terseliuhnya kaki. Jadi tak sedar sesak nafas yang memerlukan Inhaler. Gastritis pula mengganggu fokus aktiviti harian, sehingga Allah ilhamkan untuk ambil sejenis lagi ubat untuk gastrik. Usaha juga dengan membaca manzil, kesakitan itu keluar... tinggal lagi sedikit sakit pada kaki yang terseliuh.

Kuasa doa. Meminta pada Yang Maha Esa dengan doa dalam ma'thurat, Khamis hari saya masuk pejabat bertembung dengan kakak yang pandai urut tengokkan kaki. Walaupun masih berbaki kesakitan, tetap ada perubahan.

Sasaran Ramadhan kali ini tak banyak, malah berkurang dari Ramadhan dahulu. Kecuali bilangan khatam al-Quran dan satu lagi perkara yang saya mahu lazimi semula, saya berjaya capai. Ianya tak mudah sebenarnya. Hanya tekad membawa keazaman untuk buat walaupun keadaan fokus itu begitu minima.

Saya belajar semula berdoa. Mujur waktu buka Instagram nampak gambar tatacara berdoa di akaun Aalaa'. Belajar juga doa-doa dari Qunut di Haramain. Doa-doa yang indah, yang sebelum ini saya harapkan dari imam di sepuluh malam terakhir di masjid UIA.  Seolah kompas saya baru ditemui semula selepas bertahun-tahun mematung diri.

Walaupun sibuk 'melayan keinginan' untuk kemaskini situasi politik tanah air, saya jadi buntu dan beku. Ada hari, malas betul nak ambil tahu. Dan tak buat apa-apa. Dah hujung-hujung barulah ada rasa mahu mendoakan agar keadaan jadi lebih baik.

Petang Jumaat terakhir Ramadhan, sedang berpuasa hujan lebat pula.. Subhanallah, saat doa mustajab... Alangkah ruginya sesiapa yang melepaskan peluang berdoa.

Fasa terakhir Ramadhan, saya rasa lelah (bukan serangan asthma) mengejar sasaran. Lalu saya buat keputusan untuk 'follow the flow' saja. Saya lepaskan sasaran bilangan khatam. Waktu ni saya dah terbayang, jika tak lepaskan, saya mungkin korbankan yang lain sama. Maka kenalah win-win. Pujuk diri; tak apa.. Kan nak cuba terus baca setiap hari selepas Ramadhan.

Qiam Ramadhan. Tak mudah nak kekal buat setiap malam secara sendirian. Walaupun iblis dan syaitan kakinya dirantai, 11 bulan kot mereka train dan tarbiah kita ni. Pujuk diri, kan tempat terbaik untuk wanita beribadah adalah biliknya. Kalau dalam bilik tu ada bilik lagi, bilik dalam bilik itu lah tempatnya. Wallahu a'lam, setakat itu saja pengetahuan saya. 

Begitu lah kisah saya dan Ramadhan dalam PKP dan PKPB ini. 

#MaryamMerepek 
#RamadhanMaryam
#RamadhanPKP
#RamadhanPKPB

Nota: tulisan di FB saya abadikan di sini.