.

.

31 July 2023

138: Muharram 1445H

Mengejar waktu. Ahah! Dah 11.32 pm, 28 minit lagi bertukar bulan.

Selamat tahun baru hijrah! I am going to be 40 years old untuk tahun hijrah. Tahun Masihi lambat sikit.

Zulhijjah takde post. Merangkap skip di bulan Jun. Biasalah perasan sibuk tu kan... kan...

Banyak hal terjadi dan cuba lah nak rekod tapi itu lah, perasan sibuk kan... kan...

Yang terdekat, PRN bakal berlangsung. 

Sebelumnya, Ayah Teh meninggal dunia pada 13 Julai. Esok ulang tahun Ayah Teh. Namun, Allah lebih menyayanginya.

Payah juga banyak platform merepek ni. Telegram lah. Threads lah. Entah apa-apa. Lepas tu tak konsisten. Hahah!

Sebenarnya nak konsisten menulis ni mudah je kalau takde nak berahsia. Tapi macam tu lah, kita ni disibukkan dengan macam-macam kan.

Sibuk nak salah kan orang, sibuk fikir salah orang kat kita. Pendek kata, orang je lah salah. Ce kita pandang orang tu tak salah dan kita pun tak salah. Kan aman dunia. Zon masa setiap orang tu berbeza walaupun serumah. Apa yang ada dalam kepala otak kita hanya Allah yang tahu.

Begitulah.