.

.

23 December 2021

130: #DaruratBanjir

Hujan yang tidak berhenti hampir tiga hari menenggelamkan banyak tempat. Jumaat bermulanya hujan.

Aku pulang ke Kota Bharu. Dan Tuhan izinkan aku tiba di rumah. Walaupun selepas label Kampung Pia, jalannya ditutup kerana banjir lalu dialihkan laluan keluar ikut bulatan Benta - Raub (aku tak pastu nama bulatannya).

Di rumah, satu keputusan sukar dibuat. Pulang ke sangkar menaiki belon. Dapatlah aku kembali bekerja tepat pada masanya, tak tambah cuti atau Bekerja Dari Rumah.

Sesungguhnya #DaruratBanjir mengajar aku sesuatu. Hujan yang tidak berhenti boleh mengakibatkan bencana yang boleh meragut nyawa. Ketika itu juga negara gempar dengan kemalangan ngeri mengorbankan 10 nyawa, dalam hujan. Keadaan ini mengajar aku menjaga diri dari mengulas sehingga benar-benar pasti.

Bencana 2014, ketika itu aku aktif membantu. Kali ini aku seakan lumpuh. Hingga mahu menyumbang pun bertangguh-tangguh. Ya Tuhan, apa dah jadi dengan aku? 

Aku bukan nujum. Aku bukan bersangka-sangka. Namun, ianya berdasarkan masa lalu. Ada tahun banjir menjadi buruk. Ada tahun cukup persediaan. Dan aku sendiri pun tidak tahu bila ianya cukup persediaan ataupun tidak. Hanya disedari selepas ia berlaku. Dengan teknologi, dapat diketahui di mana sesuatu bencana alam bakal berlaku berdasarkan penggunaan alat tertentu. Keadaan geologi, arah angin dan sebagainya. Macam taufan Rai, beberapa minggu lepas sudah pun ada berita.

Cerita lain, aku masih dihujani mimpi yang tak diingini. Hari ini aku dijerkah, "mana ada!" Berdesing juga telinga aku. Sebab aku tanya diri, "adakah aku akan kembali sihat jika maharani mati?" Aku sakit. Tapi, ubat hospital tak buat aku rasa normal. Sakitlah sebab nak baring tidur sahaja tapi tak boleh lelap.

Tuhan ada janjiNya. Dan semoga Tuhan juga berikan aku kesabaran untuk terus bertahan.

08 December 2021

129: Melawan diri

Satu lagi update pendek, rasanya tak mungkin panjang kerana dalam waktu bekerja. 

Bila rasa tergantung tu memang tak selesa. Tambah bila rasa nak tidur tapi badan kata, "it is enough!"

Bimbang dengan keadaan diri. Bimbang dengan bermacam hal. Kebimbangan beraja. Nak jadi apa pun tak tahu. Nak makan apa pun jadi punca bimbang tak tentu hala.

Kuantiti makan semakin berkurang. Selera pun tak banyak. Satu hal juga nak menyukat. Nak kena kerap beli roti, sebab itulah menu sarapan dan makan malam.

Kena jalan kaki beli roti lah petang ni.

30 November 2021

128: Bored November

Sebelum November jadi kenangan, baik tulis dulu.

Tahun ni decide balik KB during birthday. Tapi yang jadi, tarikh hari jadi tu jadi roadtrip. Jadi, cuti yang sepatutnya layan diri di kampung roadtrip bermula. Penat duduk dalam kereta.

November masih berperang dengan kebosanan. Wallahu a'lam apa rencana Tuhan dan bagaimana makhraja yang diatur. Yakin lah dengan aturan Tuhan.

Penulisan tanpa berfikir, entah apa rasa hati yang tidak diteropong dalam-dalam. Bagaimana mahu teropong jika kebosanan yang menghantui tanpa mampu berbuat perkara lain. Mahu tidur juga tidak terlaksana.

Orang yang bosan dan membosankan. Tiada apa nak dicerita kongsikan.

21 October 2021

127: Terlepas September

Sebelum melompat ke bulan baharu tanpa sebarang kemaskini, ada baiknya tendang entri Merdeka tu ke bawah.

Mati-mati ingat September ada menulis. Rupanya itu hanya khayalan. Teruk juga daya ingatan sekarang ni.

September sibuk dengan hal vaksin yang tak menentu. Rujuk KK barulah ada jalan. Orang dapat 2 dos, saya dapat 3 dos. Nantilah cerita penuh kemudian.

Namun dengan perkembangan semasa politik negara membimbangkan. Dengan paksaan vaksinasi. Dengan pelan pemulihan negara. Tak boleh cakap banyak sangat. Silap usik, habis semua kena angkut.

Twitter ke, FB ke, Netflix ke, game ke, semua tak menarik buat masa ini. Kena hadap boredom sekali lagi. Sampai bila? Tak tahu. Tapi bosan ni tak tahu lah sebab tak pernah alami sebelum Disember 2019. Hari tu sebab ubat... ni sebab ubat lagi ke? tak tahu.

Setakat ni dulu.


30 August 2021

126: Merdeka

Entah la kan nak merdeka dari apa, makan tengahari pun belum.

Tapi rasa merdeka gila bila tahu kemampuan kewangan. Lagi hebat bila lupa orang hutang. Hahahaha!

Lama menyepi. Bukan sengaja. Inilah akibat fungsi eksekutif tak macam orang normal.

Untuk mengubah kepimpinan negara memang lah bukan satu hari bukan dengan satu sokongan MP, ia memang panjang jalannya.

Kerosakan demi kerosakan yang bakal berlaku entah bagaimana mahu dibendung. Mereka mengumpul harta, mereka menjana dana pilihanraya, salah guna kuasa berleluasa.

Kepada Tuhan kita berserah.

31 May 2021

125: PKP 3.0

Esok bermulanya total lockdown.
Entah apa yang boleh diharap dari kerajaan, VIP, kayangan, selebriti. 
Lusa pula giliran vaksin.
Panjang nak direpekkan. 
Tetapi ini hanya mahu merebut tarikh.
Agar ada sesuatu. 
Tidak lah perasan sibuk sangat.

Padahal tengah sedih.
Tengok video orang yang positif Covid-19. 
Ke pusat kuarantin. Tak cukup oksigen kena ke hospital.
Allahumma. 
Sesungguhnya yang membunuh rakyat dengan Covid-19 ini sebenarnya PM dan barisan menteri kabinetnya, terutama Azmin dan Zuraidah. Senarai panjang.
Cukup dulu. 

21 April 2021

124: Hashtag

suasana politik tanah air warnanya terlalu banyak. mungkin kita ini terlalu selesa dengan keadaan diri sendiri sehingga menidakkan keperluan banyak hal. Hashtag #KitaMintaLima, #KerajaanGagal dan terbaru #DengkiKe tidak berkait dengan politik parti mahupun usaha menukar sistem beraja, tetapi ia adalah tuntutan dalam mencari pemimpin yang telus, cakna dan adil.

banyak hal dalam negara ditentukan oleh siapa yang memegang tampuk pemerintahan. 'iklim dan cuaca' sesebuah negara bergantung pada ketuanya. saya menolak perkara yang menjurus kepada individu kerana ia bersifat peribadi dan tidak menguntungkan rakyat marhaen seperti saya. pemimpin adalah golongan yang mengambil berat kebajikan rakyatnya.

*diolah semula dari tulisan lama pada 12 April 2012

19 April 2021

123: 7 Ramadan 1442H

Seminggu berpuasa, ketinggalan 2 juzuk.

Ramadan yang dinanti, persiapan tak berupa. Sekadar latihan puasa dua hari. Sekadar khatam Al-Quran tanpa doa, mengejar urusan duniawi.

Ramadan yang diuji. Memasuki Ramadan masih lagi diganggu gugat dek sihir dan saka. Rutin sekian lama, Ramadan adalah menenangkan meski sibuk dengan rutin ibadahnya.

Ramadan yang masih dalam musim pandemik, tahun kedua. Ramadan yang total sendirian. Tahun lepas masjid ditutup kerana PKP dan PKPB. Tahun ini, malas berebut tempat. Lagi pula, susah juga nak atur bila gilirannya bukan setiap hari.

Ramadan yang masih berbaki. Semoga beroleh kekuatan untuk terus berusaha menghidupkan Ramadan.

ALlahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anna.

31 March 2021

122: Ragaman

Macam melarikan diri. Macam menyembunyikan diri. Dah overload. 

Evening walk take place. Buat hari-hari sebab nak lawan anxious. Terapi menulis. Nak terapi melukis. Nak terapi membaca. 

Puasa mendatang. Perlu berlatih juga walaupun tiap-tiap tahun buat. Lambat buat latihan sebab keadaan perut berangin. Dah dapat sehari. Insya Allah Khamis lagi sekali. Lepas tu enjoy makan sampai puasa.

Sekian merepek. 

27 February 2021

121: Keadilan Sosial

Dah masuk medium ketiga sebut tajuk tu. Semoga Allah beri ilham untuk menulis dengan baik.

Dah tak tahan dengan media sosial. Semakin banyak yang ikut kepala sendiri sahaja memberi pendapat. Tak kiralah melalui ciapan Twitter, hantaran dinding Facebook atau komen di sana. Sangat melampaui batas!

Ada yang bercerita pengalaman peribadi, dan caranya adalah perbandingan keadaan masa lalunya dengan si penanya dengan nada memperlekehkan. Berkongsi pengalaman untuk tujuan dijadikan panduan, nadanya berbeza.

Ada yang melawak tak tentu pasal. Orang merujuk, mahu bertukar buah fikiran, dan sebagainya tapi balasannya memang tidak masuk akal dan memalukan orang yang merujuk.

Ada yang menyamaratakan usia. Kategori ini jelas memperlihatkan kebodohan dan tidak ada common sense. 

Belum lagi yang taksub menggunakan agama dari pelbagai sudut yang menyalahi konsep, pada pandangan peribadi saya. Yang menunggang agama pun merata.

Adab dan akhlak mulia lagilah jauh! 

Saya mahu tinggalkan media sosial, tapi itulah tempat saya escape dan distract diri. 

15 January 2021

120: Belasungkawa - Sheikh Ali Soleh Muhammad Ali Jaber

Semalam. Dapat screenshot di group whats app. Terus Google.

إنا لله وإنا إليه راجعون 

Khabar kematian Sheikh Ali Jaber itu benar. Mengenali nama beliau kerana video ayahanda kongsi tentang sedekah subuh. 

Mula-mula saya skeptikal. Bila mula dengar suara, ia semacam suara yang saya rindukan untuk mengajar saya. Bahasanya indah. Nada suaranya yang rahmah. Dan rupanya menyenangkan. Saya jumpa banyak video ceramah beliau dan berjanji akan dengar bila saya mahu nanti.

Ternyata, selepas itu saya hanya pandang sepi. Sehingga lah semalam, khabar beliau meninggal dunia memberi kesan kepada saya meski saya tidak mengenali beliau.

Dari Madinah ke Indonesia. Ternyata Allah menyusun hidup beliau memberi manfaat kepada Muslim yang berbahasa Melayu. Benar-benar da'i ilallah. Pencinta Al-Quran. Pendamping Al-Quran.

Usianya sedikit hari lagi genap 45 tahun. Namun Allah lebih dulu memanggilnya. Masih muda. Dimasukkan ke rumah sakit kerana positif Covid-19. Namun, di akhir usianya negatif. Hanya maut itu disebabkan kegagalan beberapa organ berfungsi pasca jangkitan virus korona. 

Namun kehidupannya adalah qudwah. Bagaimana beliau meneladani isterinya, anaknya, mertuanya. Bahkan ahli keluarganya, orang-orang yang ditemuinya.

اللهُمَّ، اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ - أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ