.

.

23 December 2021

130: #DaruratBanjir

Hujan yang tidak berhenti hampir tiga hari menenggelamkan banyak tempat. Jumaat bermulanya hujan.

Aku pulang ke Kota Bharu. Dan Tuhan izinkan aku tiba di rumah. Walaupun selepas label Kampung Pia, jalannya ditutup kerana banjir lalu dialihkan laluan keluar ikut bulatan Benta - Raub (aku tak pastu nama bulatannya).

Di rumah, satu keputusan sukar dibuat. Pulang ke sangkar menaiki belon. Dapatlah aku kembali bekerja tepat pada masanya, tak tambah cuti atau Bekerja Dari Rumah.

Sesungguhnya #DaruratBanjir mengajar aku sesuatu. Hujan yang tidak berhenti boleh mengakibatkan bencana yang boleh meragut nyawa. Ketika itu juga negara gempar dengan kemalangan ngeri mengorbankan 10 nyawa, dalam hujan. Keadaan ini mengajar aku menjaga diri dari mengulas sehingga benar-benar pasti.

Bencana 2014, ketika itu aku aktif membantu. Kali ini aku seakan lumpuh. Hingga mahu menyumbang pun bertangguh-tangguh. Ya Tuhan, apa dah jadi dengan aku? 

Aku bukan nujum. Aku bukan bersangka-sangka. Namun, ianya berdasarkan masa lalu. Ada tahun banjir menjadi buruk. Ada tahun cukup persediaan. Dan aku sendiri pun tidak tahu bila ianya cukup persediaan ataupun tidak. Hanya disedari selepas ia berlaku. Dengan teknologi, dapat diketahui di mana sesuatu bencana alam bakal berlaku berdasarkan penggunaan alat tertentu. Keadaan geologi, arah angin dan sebagainya. Macam taufan Rai, beberapa minggu lepas sudah pun ada berita.

Cerita lain, aku masih dihujani mimpi yang tak diingini. Hari ini aku dijerkah, "mana ada!" Berdesing juga telinga aku. Sebab aku tanya diri, "adakah aku akan kembali sihat jika maharani mati?" Aku sakit. Tapi, ubat hospital tak buat aku rasa normal. Sakitlah sebab nak baring tidur sahaja tapi tak boleh lelap.

Tuhan ada janjiNya. Dan semoga Tuhan juga berikan aku kesabaran untuk terus bertahan.

08 December 2021

129: Melawan diri

Satu lagi update pendek, rasanya tak mungkin panjang kerana dalam waktu bekerja. 

Bila rasa tergantung tu memang tak selesa. Tambah bila rasa nak tidur tapi badan kata, "it is enough!"

Bimbang dengan keadaan diri. Bimbang dengan bermacam hal. Kebimbangan beraja. Nak jadi apa pun tak tahu. Nak makan apa pun jadi punca bimbang tak tentu hala.

Kuantiti makan semakin berkurang. Selera pun tak banyak. Satu hal juga nak menyukat. Nak kena kerap beli roti, sebab itulah menu sarapan dan makan malam.

Kena jalan kaki beli roti lah petang ni.