.

.

01 October 2023

139: Rabiul Awwal 1445H

Kah kah kah.
Tidur sejak Ogos agaknya.
Dan entri ni memang temanya 'Wake up me when September ends".

Alhamdulillah sudah genap 40 tahun mengikut kalendar hijrah. Kalendar masihi, 39 pun belum.
Mengikut calendar converter, err tak payah lah buat pengumuman tarikh lahir sebenar. Hahahaha!!

Nenda kesayangan saya meninggal dunia 15 Ogos lepas dan saya masih belum move on.
Berita kematian bertali arus ketika itu. Tidak sempat saya 'menikmati kesedihan' untuk setiap orang. Hanya satu post fesbuk yang dibuat secara pukal.
Untuk nenek pun saya tidak mengulas apa-apa. Cuma, beberapa hari lepas, terjumpa gambar hari raya yang sudah sekian lama saya mencari. Menyesal juga tak pakai fon baru waktu tu. Dan menyesal tak betulkan tudung yang menyebabkan saya menyorokkan muka.

Gambar terakhir dengan nenek

Kematian nenek buat saya berani sedikit mengimpikan kematian, membayangkan kehidupan selepas mati.
Saya mahu berkumpul semula dengan nenek, mengimbau kenangan-kenangan kami bersama di dunia.

Mati itu bila-bila masa. Ada ucapan saya dua hari lepas yang tidak akan saya tarik balik.
Saya beritahu seseorang kisah 11 tahun lepas, sebab saya mahu dia dengar dari saya sendiri -- bukan cakap-cakap orang.
Antara saya dan orang dalam kisah 11 tahun lalu itu, saya pun tidak tahu siapa yang akan pergi dahulu.
Saya ada mild asthma, dan saya boleh sesak nafas pada bila-bila masa tanpa sebarang pencetus. Apa lagi di musim tengkujuh yang hujannya tidak menentu.

Saya cuma mahu menikmati kehidupan --
Sebagai hamba yang mengharapkan pertemuan dengan Tuhannya;
Berusaha beramal soleh sebanyak-banyaknya dan tidak melakukan sebarang kesyirikan.