.

.

30 September 2026

158: Rabiul Akhir 1448H


Masih bertemakan gambar yang sama. Masih tema yang sama.

#4 
Selagi dia ni tak luangkan masa untuk bercakap punca aku tak mahu bercakap dengan dia, sampai bila-bila pun aku tak mahu tengok dia.

#6
Yang ni banyak betul isu dia kena hadap aku. Paling aku tak suka, kau bising dekat ruang yang aku tak ada. Entah, memang aku rengsa dengan dia ni.

Queen of Life
Terpulanglah pada dia bagaimana dia mahu baiki hubungan. Sebab apa? Sebab cara dia layan aku sama saja dari kecil sampai la umur sekarang. Orang kata, biar lah dia dah tua. Tak. Selagi ada umur, selagi tu ada peluang untuk perbaiki. Tambah dengan status tarbawi tu. Ini bukan expectation. Ini tuntutan apa yang dipercayai dia sendiri. 

Aku dah tak ada sesiapa. Tinggal beberapa kawan untuk aku ranting sekali-sekala. Bila fikir pasal raya pun, aku dah tak nampak keinginan untuk sambut. Langsung tak ada keinginan bertemu sesiapa. Cikgu Pencen akan terbaring di rumah sahaja kerana strok. 

Aku tinggalkan rutin pertemuan mingguan, kerana aku dah tak nampak diri aku di sana. 

Aku dah tak minta tolong sesiapa. Yang mana mampu aku selesaikan, aku selesaikan. Yang mana tak, aku lantakkan.

Short term plan yang ada cuma, bertahan untuk setahun. Kerana kontrak sewa bilik. Lepas setahun? Tawakkal 'alallah. Long term tu banyak, yang memerlukan target kewangan yang tidak sedikit.