.

.

15 January 2021

120: Belasungkawa - Sheikh Ali Soleh Muhammad Ali Jaber

Semalam. Dapat screenshot di group whats app. Terus Google.

إنا لله وإنا إليه راجعون 

Khabar kematian Sheikh Ali Jaber itu benar. Mengenali nama beliau kerana video ayahanda kongsi tentang sedekah subuh. 

Mula-mula saya skeptikal. Bila mula dengar suara, ia semacam suara yang saya rindukan untuk mengajar saya. Bahasanya indah. Nada suaranya yang rahmah. Dan rupanya menyenangkan. Saya jumpa banyak video ceramah beliau dan berjanji akan dengar bila saya mahu nanti.

Ternyata, selepas itu saya hanya pandang sepi. Sehingga lah semalam, khabar beliau meninggal dunia memberi kesan kepada saya meski saya tidak mengenali beliau.

Dari Madinah ke Indonesia. Ternyata Allah menyusun hidup beliau memberi manfaat kepada Muslim yang berbahasa Melayu. Benar-benar da'i ilallah. Pencinta Al-Quran. Pendamping Al-Quran.

Usianya sedikit hari lagi genap 45 tahun. Namun Allah lebih dulu memanggilnya. Masih muda. Dimasukkan ke rumah sakit kerana positif Covid-19. Namun, di akhir usianya negatif. Hanya maut itu disebabkan kegagalan beberapa organ berfungsi pasca jangkitan virus korona. 

Namun kehidupannya adalah qudwah. Bagaimana beliau meneladani isterinya, anaknya, mertuanya. Bahkan ahli keluarganya, orang-orang yang ditemuinya.

اللهُمَّ، اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ - أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ