.

.

21 April 2021

124: Hashtag

suasana politik tanah air warnanya terlalu banyak. mungkin kita ini terlalu selesa dengan keadaan diri sendiri sehingga menidakkan keperluan banyak hal. Hashtag #KitaMintaLima, #KerajaanGagal dan terbaru #DengkiKe tidak berkait dengan politik parti mahupun usaha menukar sistem beraja, tetapi ia adalah tuntutan dalam mencari pemimpin yang telus, cakna dan adil.

banyak hal dalam negara ditentukan oleh siapa yang memegang tampuk pemerintahan. 'iklim dan cuaca' sesebuah negara bergantung pada ketuanya. saya menolak perkara yang menjurus kepada individu kerana ia bersifat peribadi dan tidak menguntungkan rakyat marhaen seperti saya. pemimpin adalah golongan yang mengambil berat kebajikan rakyatnya.

*diolah semula dari tulisan lama pada 12 April 2012

19 April 2021

123: 7 Ramadan 1442H

Seminggu berpuasa, ketinggalan 2 juzuk.

Ramadan yang dinanti, persiapan tak berupa. Sekadar latihan puasa dua hari. Sekadar khatam Al-Quran tanpa doa, mengejar urusan duniawi.

Ramadan yang diuji. Memasuki Ramadan masih lagi diganggu gugat dek sihir dan saka. Rutin sekian lama, Ramadan adalah menenangkan meski sibuk dengan rutin ibadahnya.

Ramadan yang masih dalam musim pandemik, tahun kedua. Ramadan yang total sendirian. Tahun lepas masjid ditutup kerana PKP dan PKPB. Tahun ini, malas berebut tempat. Lagi pula, susah juga nak atur bila gilirannya bukan setiap hari.

Ramadan yang masih berbaki. Semoga beroleh kekuatan untuk terus berusaha menghidupkan Ramadan.

ALlahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anna.