.

.

22 November 2023

140: Jamadil Awwal 1445H


Kami memanggilnya Yuni. Kalau sebut Noor Ijazah, memang tak kenal.
Perginya pada pagi Selasa minggu lepas. 
Saya hadir, tapi hanya sempat melihat van jenazah meninggalkan perkarangan rumah, sedangkan saya ingin sekali menunaikan solat jenazah untuknya.

Asbab pemergian almarhumah Yuni, kami rakan sekolahnya berkumpul pada malam Jumaat secara dalam talian.
Habis majlis bacaan Yasin, bersambung pula di group WhatsApp.

Seminggu kemudian, suami Nik Hafizah pula meninggal dunia. Allahu akbar! 
Jenazah dibawa pulang ke Ketereh, 'simpan' jam 11 pagi tadi tapi aku tak pergi. Sebab, tak dapat recall siapa dan tak tahu boleh tumpang siapa.
Jumaat nanti insya Allah ada bacaan Yasin untuk almarhum suaminya.

Lebih 20 tahun tidak bertemu.
Kematian mempertemukan semula kami.

Awalnya lain yang hendak diceritakan, tapi lain yang disambung.

SMKANLB, aku rindu Mardhiyyah Aman. Tapi aku tak mahu mengganggu ketenteramannya. Kerana aku tidak mengerti mengapa dia berdiam diri. Padahal aku mempunyai nombor telefonnya.