.

.

31 December 2024

151: Jamadil Akhir 1446H

Orang dah mula sambut Rejab sedang Rejab bermula Maghrib nanti.

Hari ni cuba untuk berpuasa ganti untuk hari terakhir. Memang perut tak berapa ok, tapi bila boleh bangun sahur tu terasa macam... apa salahnya mencuba... tak berjaya, kita cuba lagi hari lain. Insya Allah sempat sebelum Ramadan tiba... Ramadan tiba.

Tahun ni skip berapa bulan ek? Januari, April, November. Hahah! Punya lah sibuk...

November tu bukan taknak tulis... tapi hari-hari menulis di FB. Hari-hari la sangat.. skip 3 ke 5 hari tah. My birthday month. Cabar menulis setiap hari. Dah tu banyak sangat drama yang boleh dijadikan 

Hari ni, takde lah nekad sangat... klik rayuan haji. Padahal tahu dah, takkan dapat.. dan sebenarnya taknak buat rayuan pun hahaha. Duit dalam akaun tak cukup beberapa ratus... perlu RM600 untuk cukupkan kos haji sahaja. Belum perbelanjaan lain-lain.



Mula-mula nak klik rayuan lain-lain. Tapi kan, terasa nak guna privilege. Telefon THCC dulu lah tanya kriteria. Alhamdulillah, diberi panduan yang mudah diikut. Jadi, dah selesai lah rayuan. Cumanya, dalam masa 5 hari bekerja, kena pegi hantar dokumen sokongan di pejabat TH.

Dalam pada itu, ada pulak panggilan menulis. Baru nampak hahaha! Temanya pula sedap; makan-makan. Nak tulis apa, takde idea lagi. Dan otak sedang sibuk mengarang cerita yang dah lama tak disambung tulis. Semoga sempat lah hantar 5 Januari nanti.

Sebenarnya banyak benda yang nak dicatat di sini. Nanti aje lah. Tak ke mana pun kita ni. Semuanya menuju akhirat walaupun hari ni hari terakhir 2024.

Semoga saya tak lupa mencatat. Channel Telegram tu dah terbiar teruk! Hahahaa~

Allahumma barik lana fi rajab wa sya'ban, wa ballighna Ramadan...

31 October 2024

150: Rabiul Akhir 1446H

Menghitung hari ke usia 40 tahun. Kalau sedar, kita buatlah catatan di sini.

Nak kacau orang, tapi ni cuti Deepavali. Ah, delima sungguh!

Saya nak kena reset seluruh kehidupan sebenarnya. Memang perasaan macam sedang makin tenggelam tak jumpa dasar. Jadinya, tak tahu nak rasa apa.

Cuti sekolah kali ni tak rancang apa-apa. Main alih aje kelas sesuka hati. Hari ni tukar masa ke waktu pagi, jadi boleh lah rehat sampai Maghrib esok. Jika sesi malam pun tunda, maka ada masa lagi.

Macam biasalah, kalau pengurusan masa makin tak terkawal, masa tu kena sedar bahawa saya tak ok. Macam malam ni dah missed out tilawah. Kena ngaji, sebab esok nak kena habiskan al-Kahfi.

Dah jam 11 malam. Janji dengan diri sendiri nak masuk alam mimpi jam 10... ni belum solat Isyak!

Minggu lepas adalah pegi jumpa bakal bos. Tapi perangai saya lah, selagi takde surat, saya tak akan ubah apa-apa rutin. Cuma sekarang dah spare hari Sabtu terakhir untuk buat persiapan.

Perasaan dan kepala otak serabut. Sebabnya, kalau ke KL, kesian dekat budak-budak yang mengaji secara fizikal. Memang pendapatan bulanan tak menentu, tapi bila dengan Quran ni, hati jadi sakit sangat kena tinggal tanpa pengganti. Ajar al-Quran ramai yang boleh... tapi siapa yang macam saya? Itu persoalan dia.

On the other side, saya dah tepu sangat. Rutin harian takde perubahan. Makin serabut adalah. Saya tak boleh sebenarnya work station ke, apa-apa ruang tak bersusun. Tapi sekarang ni makin terserlah gejala ADHD nya. Kemas habis-habisan, kejap aje dah berterabur balik. Bilik lagi ke laut. Dari remaja, tak pernah tu bilik macam tongkang pecah lama. 

Tapi satu faktor lagi memang tak tau nak rujuk/cerita kat sape. Penatlah!

Berhenti dulu.

#SinwarsStick

30 September 2024

149: Rabi'ul Awwal 1446H

 Masuk Rabi'ul Awwal, tahu lah umur sendiri bertambah setahun lagi. Orang sibuk bid'ahkan sambutan maulid, aku sibuk hitung amalan. Ahah!

Aku baru sihat dari batuk. Kali kedua dalam masa sebulan. Teruk? Teruk la sampai hilang suara. 

7 hari lagi genap setahun ji-no-sid yang berlangsung. Aku tak tulis apa-apa pun tentang Al-Qaid yang telah syahid pada 31 Julai lepas. Jadi bertangguh sebab nak letak gambar 3 sahabat yang telah syahid. Sampai sudah aku tak buat ulasan. Tapi lagu-lagu yang Al-Qaid duk nasyid tu jadi halwa telinga aku.

Apa pun, setiap hari adalah untuk bersyukur sambil menyusun kehidupan. Tak sangka kali ni lambat betul aku recover. Dalam kepala ni banyak benda nak buat.

Peringatan: Jangan lupa ganti puasa.

Dua malam lepas, aku selongkar kotak-kotak lama. Ya Tuhan, aku ingat dah kena campak semua.. jadi ni nak kena cari masa asingkan kertas yang nak dibuang. Aku rasa, aku nak simpan nota-nota akaun matrik. Sebab? Tu waktu paling gemilang... rapat gila dengan Madam Nik.

Tujuan buka kotak nak cari panduan guna excel. Aku tahulah aku simpan buku tu. Kotak mana pun aku tahu. Tapi ya lah, benda dah lebih 10 tahun.. padan muka aku. Mujur web3school tu ada lagi.

Ada manusia masuk hospital. Yang ni kena cerita dekat blog satu lagi. Hihihi.

Cukuplah buat tinggal jejak September kat sini.


Eh. Nak cerita pasal movie Hidden Figures (2016). Suka betul cerita ni. Yang penting, teori asas teknologi tu berguna tak kira lah maju mana dah kita. Aku pulak yang semakin tertinggal dengan trend. Ahahaha~

27 August 2024

148: Safar 1446H

Kesihatan baru membaik. Tapi SPKK buat hal. Mereka tersalah masukkan duit dalam akaun, tapi menyusahkan untuk pulang balik.

Hari ni dapat khabar Sheikh Muntalaq meninggal dunia. Allahu akbar! Selamat jalan duhai sheikh..



Minggu lepas ada la pegi temuduga. Kalau dapat, dapat lah. Kalau tak dapat? Move on. Lagi pun jadual ajar ngaji pun pack hehehe.

Kita serahkan nasib kita kepada Allah. Kerana akhirnya kita ini mengharapkan pertemuan kita dengan Rabb....

29 July 2024

147: Muharram 1446H

Saya sepatutnya fokus dengan kehidupan baru. Namun Allah ada rancangan lain. 

Ini bukan blame game. Saja lah nak bagitau keadaan diri sendiri. Saya ni pesen pelupa. Baca balik nanti mungkin tak ingat langsung.

Blog ni tak bertujuan tarik orang baca pun. Teruskan supaya ada safe space. Medsos lain tu, selamat juga sebab kita bukan pempengaruh. Tapi, lain sikit lah sebab blog ni bukan kategori medsos.

Ya Allah, aku serahkan segalanya padaMu. Hanya Engkau yang boleh menjaga dan melindungi rakan-rakan sekerja ku. Mereka diganggu disebabkan aku. Berikan kekuatan kepada mereka. Ganjarilah dengan sebaik-baik ganjaran.

23 June 2024

146: Zulhijjah 1445H

Ingatkan boleh lah countdown dengan tenang. Rupanya kena rujuk JTK jua.

Tinggal 7 hari saja lagi perkhidmatan, mengikut surat permohonan berhenti lah. Tapi rupanya jawapan kepada surat tu pun perlu jugak. Itu lah rasa kena rujuk JTK.

Setahun berkhidmat, tak pernah aku MC. Lambat tu banyak kali, tak boleh nak elak.

Tak apa lah. Rezeki Allah belaka. 

Ikutkan malas dah nak pindah ke KL. Tapi aku rasa tak boleh lama-lama gaji tak sampai 2k. 

Ada banyak benda nak bebel. Tapi sabar lah. Semua benda nak buat tapi semangat nak hidup tu merudum dari hari ke hari.

Till then.

31 May 2024

145: Zulkaedah 1445H

I lost to April. And almost lost to May.

25th May 2024, I lost a friend.

Dhany Sarip.

Regardless who is he, I want to remember him as a good person. May Allah reward him for his work in dakwah.

Rest In Peace, Bro! Till we meet again on the other side.

Allahummaghfirlahu warhamhu... 

31 March 2024

144: Ramadan 1445H

Hari ni dah 20 Ramadan. Kita tulis laju-laju sebab takut lupa dan kesuntukan masa. Dan hari ni hari terakhir untuk quarter pertama 2024.

Saya ada tulis target Ramadan kali ni di satu tempat. Tapi kalau dah banyak sangat medium, begini lah jadinya. Ahah!

Dekat channel Telegram sudah ku mencatat.

Semoga saya berpeluang memanfaatkan baki Ramadan yang ada. Sungguh, saya rasa Ramadan berlalu sia-sia kali ini. *ikon menangis*

Saya rindu nenek.

24 February 2024

143: Ramadan Menjelang

Ramadan Tajalla...

Sebenarnya berdebar dengan ketibaan Ramadan tahun ni. Tak tahu nak expect apa, tak tahu nak rancang apa. Doa pun tak walaupun nak jumpa. 

Allahumma ballighna ramadhan... 

Hari tu kejar tarikh buat rayuan haji. Ya, tahun ni kembali buat lepas missed beberapa tahun. 2020 tak ingat sempat buat rayuan tak. Tahun 2022, memang sedang sakit. 2023 pula belum bersedia. 2024 ni hanya keinginan menggebu, yang lain tinggal pada Allah.


Gracie's choice

Ni satu lagi movie yang sempat saya celah masa untuk tengok. Tengok kat platform mana, rahsia. EfBi tunjuk klip, saya cari sebab menarik. 

Cerita tentang 5 beradik seribu berlainan bapa. Gracie si anak sulung. Maknya ada masalah ketagihan dadah. Hidup nak enjoy... Anak kadang makan kadang tak. Selalu tinggal tanpa khabar beberapa hari.

So, mak Gracie ni bila dia berkenan dekat lelaki dan jadikan boyfriend, dia angkut duduk bersama. Rumah memang berbau asap benda dihisap lah. Kalau boyfriend buat hal dengan anak, dia lagi sanggup suruh anak back off, bukan halau boyfriend.

Satu hari ni, si boyfriend ni cuba la nak goda Gracie. Gracie melawan, akibatnya mukanya cedera. Bila dia ke sekolah, ada cikgu perasan dan concern. 

Cikgu buat laporan polis dan rumah mereka kena ambush. Tapi masalah lain pula jadi. Mereka berlima dipisahkan. Memang traumatised lah. Lama juga sebelum nenek mereka datang ambil. 

Mereka lima beradik berkumpul balik di rumah nenek dia. Semua elok je sampai la mak dia dibebaskan. Ha, mula jadi konflik balik. The mother ni memang punca ketidakbaikan yang berlaku la.

Gracie lawan mak dia. Gracie berusaha nak jaga adik-adik dia. Memang sampai masuk mahkamah. Ending dia, 'puas hati aku.' hihihi

So, semoga semuanya baik-baik sahaja.

Cukup dulu. Eh rajin pulak saya update blog eh bulan ni 🤭

19 February 2024

142: Syaaban 1445H

Punya lah sibuk bulan Januari 2024, sampai tak post apa-apa. Mari mula dengan movie review. 


Homefront (2013)

Melintas klip video cerita ni, mesti lah cari dan tengok. Heronya Jason Statham. Pastu permulaan cerita tulis nama winona, kan hari tu naik kejap nama dia sebab kes pelakon lelaki tersohor tu. Ahah!

Homefront ni pasal anggota yang menyamar menumpaskan sindiket dadah. Selesai kes, dia nak hidup jadi orang biasa aje lah. 

Tapi baru hari pertama anak dia masuk sekolah baru, dah buat hal dengan budak sekolah tu. Bukan buat hal apa, dia cuma melawan balik aje. Jadi budak baru memang mudah dijadikan sasaran buli. 

Dari kes tu meleret dari satu ke satu. Kemuncaknya melibatkan sindiket dadah juga. Maklum le, satu kumpulan tumpas, resipi boleh je orang lain buat juga.

Masalahnya diorang ni cari pasal dengan orang yang salah. Dengan sheriff dia korupnya. Memang tak boleh percaya sesiapa. 

Apa pun, cerita ni buat saya berfikir. Betapa negeri saya ni memerlukan watak macam yang si Statham ni bawak. Baru lah boleh banteras dadah.

Broker Phil ni buat kerja sorang. Tapi di dunia realiti ni, tak boleh buat kerja sorang. Perlu ada seseorang yang dipercayai untuk bekerja bersama. Jika tidak, pi mai pi mai tang tu aje la jadinya.



Ramadhan Tajalla

Ramadan hampir tiba. Waktu yang amat dinantikan saban tahun.. Allahumma ballighna Ramadhaan...