Lama halaman ini terabai. Bukan sebab bersedih. Tapi sebab badge tu ha.
Sebelum adinda meninggalkan kami, saya baru saja mendaftar satu kursus pendek. Memang kursus tu saya tak bersedia pun. Masa briefing pertama, tengah jalan-jalan. 2 hari pertama, duk dengar tanpa prepare apa-apa. Ya Tuhan!
Saya tak bersedia untuk proses grieving. Kematian kedua yang saya tangguhkan untuk grief. Might not recover forever. Akan cuba cari ruang dan peluang, of my own to grief.
Sekarang? Masih struggle dengan diri sendiri. Di samping macam-macam hal yang terjadi.
Masih mengajar Al-Quran.
Masih duduk rumah
Masih belum berdikari dari segi kewangan
Ramadan tahun ni... tidak seperti yang dirancang.
Dengan kejutan... hahaha siapa suruh tangguh, kan dah lupa...
Orait. Ramadan tahun ni memang tak macam yang dirancang dan diharapkan. Got to let go tadarus dengan geng tadarus ladies. Family tadarus pula selalu tukar masa. It was hard for me to cope.
Selama ni memang dah ada masalah SOB. Tapi Ramadan baru lebih dahsyat. Terpaksa lah ambil ubat untuk atasi bloating. Satu hari, terpaksa mengalah ke kecemasan. Pergi dihantar, balik naik bas kalau tak silap. Lupa dah. Ke minta diambil..
Entah dari bila entri ini ditulis.
Tetapi, saat ini saya memang berharap dapat keluar dan menyewa sendiri. Cukup-cukuplah menyusahkan ramai orang, tumpang duit dan harta orang. Sewa sendiri boleh mohon bantuan kewangan. Setiap tahun ada lah duit bantuan Sara Hidup. MyKasih tak layak sebab bujang. Beli basikal elektrik idaman sendiri.
Susahkan diri sendiri, tak apa. Allah nampak dan Allah ada. Susahkan orang ni, entah-entah dah kena sumpah berbakul.
Jumaat nanti ada exam course hari tu. Habis dulu lah. What will happen que sera sera. Tak ada orang akan alert dan panik pun nanti.
No comments:
Post a Comment