.

.

10 October 2017

66: Rindu

Sesuatu yang dirindui ketika menaiki kenderaan awam ialah memenuhi masa. Tidak dinafikan peruntukan masa amat banyak dibandingkan dengan aliran wang keluar, khususnya menaiki bas. Bayangkan menaiki bas, saya cuma habis RM5 sahaja untuk dua hala. (Harap tambang bas belum naik)

Tapi, masa menunggu dan masa di dalam bas adalah amat berharga. Saya pernah menulis cerpen dan ia berjaya menambat hati penilai. Keinginan menyampaikan cerita membuak-buak menyebabkan saya memanfaatkan telefon pintar.

Selalunya, saya gemar membaca. Kerana itu, saya selalu membawa buku. Sampai lunyai buku-buku saya, sebab beg tangan tak sama dengan beg sandang. Maklumlah sering diseluk mencari pelbagai barang terutamanya telefon bimbit. Cari pen pun begitu. (tapi beg saya bersih dari resit pembelian, ya!)

Yang lebih berharga pada saya, masa tersebut saya dapat manfaatkan mengulang hafazan al-Quran. Kiranya, walaupun liat di rumah, ada waktu yang saya terpaksa paksa diri mengulang sebab tak ada apa nak dibuat. Hasilnya, bacaan saya lancar, kecuali jika ustaz usik. Sebabnya saya akan jadi keliru.

Saya bukanlah nak berkira bab wang. Saya cuma rindukan masa dan 'paksaan' (force) yang gagal saya manfaatkan sekarang. 

Jika penat, saya boleh tidur. Selalunya saya terjaga apabila hampir ke destinasi. Sempatlah saya jana semula tenaga. Dan, saya rindukan aunty Tan.

20 September 2017

65: Inspirasi

Tak tahu nak cakap apa. Sebab, dari hari ke hari semakin tak menulis. Vocab pun hilang. Membaca lagi lah tak.

Nak update personal diary in handwriting... sudahnya sangkut di timeline twitter. Atau tengok movie. Habis data pun sanggup tambah booster. 

Entah. Macam tak percaya akhirat punya perangai. Sesekali kena ketuk dengan al-Quran tahu pulak melatah. Tapi 30 saat tu je lah. Lepas tu pusing balik Shape of You, Despacito. Kah kah kah.

Entah. Nak buat apa tah cuti 3 hari. Bila keinginan dengan masa yang ada tu tak dapat nak lunaskan keinginan. Nak membaca, nak menulis. Kenapa eh dulu boleh buat? Sekarang... Krik krik krik.

Oklah. Kena cari cara supaya tak mendunia sangat.

23 August 2017

64: Take A Break or Ultimate End

Surprise! Surprise!

Tinggalkan kejutan hari ini.


The relationship seems unknown. Wrong move? Maybe. It tenses me. Maybe just leave for good. No more.


Lebarkan sayap, dan terbanglah semahunya.


What next? Seriously, I don't have the answer.

22 August 2017

63: Re-connect

Day 5. 

A milestone of my life.


And, 
repair the relationship.
May Allah ease everything.

20 July 2017

62: Syawal

Biasalah, sibuk. Bila tah nak tak sibuk. Mungkin bila dah jadi mayat.

Tahun ni raya sakan. Tambah-tambah dah habis puasa sunat Syawal. Yang wajib insya Allah as soon as possible.

Tiba-tiba jadi tak tahu nak cerita apa. Blank. Seboleh-bolehnya tak mahu cerita apa yang dah diceritakan di twitter.

Apa pun, all is well! Alhamdulillah.

07 June 2017

61: Ramadan 1438H

Tahun ni tak ada diari Ramadan. Di instagram pun sekadar letak hashtag dan baru update sekali.

Sebenarnya ada target nak dicapai kali ni. Target rutin. Dah 12 Ramadan, target tu belum sekali pun tercapai. Sedih, kan? Patutnya luahan perasaan macam ni dekat blog rahsia. Tak apalah, sesekali sembang hal rasa.

Sebelum Ramadan, lama sungguh kesihatan diuji. Dah puasa pun masih batuk. Akhirnya cuba makan anti-histamine buat kesekian kalinya. Alhamdulillah, dah tak batuk yang tersekat nafas tu. Dah la batuk kering. Harap kesihatan baik sampai habis Ramadan. Taknak juga beraya dengan demam...

Ramadan tahun ni, kembali ke masjid Asy-Syakirin, KLCC untuk bertadarus. Tapi iftar balik ke Masjid As-Sobirin. Banyak faktor... Menu, restroom yang makin jauh dan kena turun bawah. Dah la tak suka tangga. Jadi rutin harian tu terkejar-kejar sikit.

Dah Ramadan, teringat orang-orang yang tak ada. Allah! Rindu...

Rindu juga dengan kawan-kawan yang selalu iftar bersama. Mesej kak Zie, dan Masya Allah, kak Zie dah dapat anak! Allah kurniakan Rayyan Adam Anuar untuknya dan Abe Yo. Tak pernah tanya tapi yakin Allah akan anugerahkan bila tiba masanya. Kata kak Zie, Rayyan nama pintu syurga untuk orang berpuasa... dan nama tu dipilih sebab kenangan Kak Zie di bulan Ramadan berdoa mohon dikurniakan anak. Subhanallah!

Pada saya, ianya hak ibubapa untuk menamakan anak dengan sebarang nama yang diingini. Namun cerita nama Rayyan ni buat saya terkesima.

Hari pertama Ramadan, sampai awal di masjid KLCC. tegur Makcik Mardziah. Selalu jumpa dalam bas sebelum berkereta. "Bila nak kawen?" tak agak-agak makcik ni tanya soalan. Dah lama pun tak dapat soalan cepu emas ni. "Mana tahu jadi macam makcik," jawab saya sambil ketawa. Lalu kena marah. Makcik Mardziah berusia 70 tahun dan tak pernah bernikah. Berhenti kerja ketika krisis ekonomi 1987. Tak suka duduk rumah, sebaliknya hari-hari keluar menaiki bas ke KL mengikuti kelas agama.

Sekian cerita separuh pertama Ramadan. Harap adalah cerita separuh kedua Ramadan,

02 May 2017

60: Dua Bulan

Sedar tak sedar, dua bulan terlajak tak tambah entri. Dulu janji dengan diri sendiri mesti letak satu entri paling kurang sebulan sekali.

Bulan Mac, cerita best ke Pulau Pinang.

Bulan April, cerita kurang best ke Australia.

Macam biasa, yang paling berupdate sebenarnya Instagram.

Lagipun sibuk betul berperang dengan Maharani. Nantilah sambung.