.

.

17 August 2025

156: Safar 1447



Tulis dekat FB: "Dark and empty."

Aku tak boleh buat orang faham bahawa perkataan tu amat-amat bahaya. Aku rasa dari semalam. Aku hilang kompas.

Punca dia, masih satu makhluk Tuhan sejak 55 hari yang lalu.

Sebagaimana aku tulis di mana-mana, keadaan aku sekarang kerana makhluk Tuhan ini.

Dia biarkan aku tersesat. Dia buat aku flashback banyak event kehidupan yang boleh di pin-point dekat keadaan aku sekarang.

Orang suruh keluar, tinggalkan tempat sekarang. Aku cakap, kalau aku keluar, aku tak akan kembali lagi untuk selamanya. Dan aku tak bersedia pun nak keluar. Satu cara nak paksa aku keluar, beri pekerjaan dengan pendapatan yang cukup untuk aku hidup sendiri. Cukup juga aku pilih tempat tinggal yang sesuai dengan keadaan neuro pelbagai yang aku ada. Cukup juga untuk aku makan menu yang aku boleh telan.

Aku ada tulis di FB, jangan jadi enabler dekat makhluk ni atas apa yang sedang dia lakukan. 

Sekarang ni, aku teringat ayat dari surah at-tahrim ni. Aku paling tak suka blame game atau bangauing. Tapi makhluk ni desak aku. Turn out, sedap juga blame game ni. 

Dia sedang campak aku ke neraka. Mungkin campak dirinya juga ke neraka. Makhluk ni tak sedar, berapa banyak pun kebajikan lain dia buat mungkin tak dapat menyelamatkan dirinya kerana apa yang sedang dia lakukan pada aku.

Hablum minallah... Allah suruh buat baik dekat semua orang TERUTAMA KERABAT. Tapi aku diabaikan.

Hablum minannas... buat lah baik kepada seluruh alam tapi MENGABAIKAN AKU mungkin menenggelamkan dirinya sendiri.

Dia tidak pandai melihat soal keselamatan aku. Aku ini tinggal di negeri sempadan. Jika keselamatan aku dititikberatkan, dari dulu dia akan fikirkan dan buat semua perkara untuk jaga. Tapi tidak. Dulu aku tak faham kenapa keluarga orang boleh ambil hantar walaupun kena hadam jem perjalanan jauh. Sekarang baru aku faham. SAFETY. Itu baru asas dalam kehidupan.

Memang aku ni usia dewasa. Tua dah pun. Wajah aku sahaja sering menipu, disangka awal 20an. Dan wajah ini bahaya. Jika ada penyangak nak apa-apakan aku, terbuka luas.

Dia tidak bersyukur -- tak ada di kalangan kami sakit terlantar tak boleh urus diri. Aku ni sakit kronik juga walau tidak terlantar. Aku masih ada upaya urus diri walaupun memerlukan sangat banyak bantuan. Dia pun tak mahu bantu. Perkataan omputih adalah REFUSED.

Aku datang pada dia sendiri, melalui mesej masa ketiadaan fizikal dan F2F bila dia ada. Tapi apa aku dapat? Aku dipersalahkan dan tidak diberi jalan keluar berkenaan masalah tersebut. BENDA BUKAN SALAH AKU.

Aku amat tak puas hati sebab dia pengecut. Tak boleh boleh beritahu sendiri apa penyelesaian masalah yang berlaku. 

Tak apa lah, kereta-kereta tu ramai lagi yang nak pakai. Basikal elektrik tu pun, ramai peminat. Allah bagi aku kaki yang masih mampu berjalan. Allah masih beri rezeki dari jalan yang tidak disangka-sangka.

Dia biarkan otak aku berfikir semborono. Aku berjuang sehabis daya menghentikan fikiran-fikiran yang tak patut. Ketahuilah, sekiranya aku bertindak di luar jangka adalah salah dia. Jika dia narsistik, maka dia tidak akan rasa bersalah pun. 

55 hari ni tak ada apa-apa.
Bukan tak pernah aku diam.
6 bulan, pernah.
3 bulan, pernah.
Let us count pecah rekod 6 bulan ke tidak. Atau dia nak bawa hal ni macam aku buat dekat seseorang sampai dia mati.
Aku bukan buat apa, aku cuma berlumba bertemu Izrail.

Aku menulis di sini secara terbuka. Hanya sekarang orang tidak lagi baca blog.

Jangan paksa aku terima apa yang dia buat, sebab otak aku dicipta berlainan.

Cerita dalam gua tu nanti-nanti lah sambung.

No comments: