.

.

31 December 2025

157: Rejab 1447H




Post 180 days.

Malas nak tulis. Malas nak rekod. Malas.
Give up. Sampai dah tak larat nak hidup.

Bukan tak tahu tujuan hidup. Orang buat aku jadi begini itu lah yang bertanggungjawab.

Aku tak sorok. Hanya aku pilih tidak bercakap sebab dia yang pilih untuk tidak bercakap dengan aku. Dan aku extend that kepada orang lain jugak. I 'shouted' loud enough on FB.

Dia memang takde perasaan. Takde hati.

Siapa aku ni?
Kenapa aku menuntut sangat?
Nantilah yang tak tahu bila.

Memang sekarang susah. Susah sangat untuk aku nak hidup. Ya, nak hidup pun susah. Tapi dia mana nak cuba faham.

Dia hanya nak bercakap perkara yang dia nak cakap pada masa dia nak cakap. Tapi bukan bercakap tentang punca.

Sepanjang 180 hari tu, entah berapa dark and empty situation. Dua kali yang aku sangat bimbang aku akan buat perkara tak sepatutnya.

Let me ramblings what I have done to improve.
Aku cari kerja, walaupun cuma dapat 15 sehari.
Aku berusaha bangun awal walaupun aku belum sihat sepenuhnya.

Aku sangat penat hidup macam ni. Aku ni terlalu invisible. Aku mahu ada stable income macam dulu. Itu cara aku fight everything dulu.

Tapi sekarang, aku sangat fragile. Financial lagi lah. Masih bertahan tak korek simpanan, jual apa yang perlu.

Aku tahu Allah Maha Melihat, Maha Mendengar
Itu yang aku lakukan sekarang
Aku hamburkan kemarahan aku dekat dia pada DIA. Adukan apa tindakan aku, fikiran aku.

Blog ni takde pembaca. Pun aku masih tak mahu tulis jelas² siapa dia.

Takpe lah. Dia rasa dia powerful sebab status dia dekat aku. Tapi dia tak sedar kut, taqwa pada Allah tu penentu dia nak berlembut ke nak terus berkeras.

11.57PM
31 Disember 2025

No comments: