.

.

08 February 2018

72: Terseliuh

Tajuk belum diberi ilham. Macam-macam saya nak cerita di sini. Tadi dah dapat tajuk. Entah lah mana dia terbang.

Dah dapat tajuk, walaupun bukan tajuk dan topik awal yang mahu saya hurai. Hari ni kaki kanan terseliuh gara-gara tersalah langkah. Bengkak lah ni.

Kejadian ini terjadi lepas menziarahi kak Anum. Pagi-pagi buka whatsapp, tengok group kawan-kawan pejabat 'meriah'. Rupanya suami kak Anum meninggal dunia malam tadi. Terkesima. Speechless. Sampai pejabat, terus ikut kawan-kawan berziarah. Moga kak Anum dan anaknya diberi kekuatan berhadapan kehilangan besar ini. Sama-sama kita doakan keampunan buat arwah suami kak Anum. Allahummaghfirlahu warhamhu.

Berbalik pada kaki. Kes terseliuh ni kena rehatkan kaki, tapi saya banyak aktiviti esok dan lusa. Hmmm. Moga jadi kafarah dosa. 

Sekian.

02 February 2018

71: Alas Kaki

Kisah Cuti Hari Wilayah:

Jarang pegi kedai jumpa kasut berkenan di hati dan harga juga menang di hati.

Hari ni ada 3 pasang masuk senarai (display ada belah kanan sahaja). Setelah menggunakan talian hayat, satu pasang telah diketepikan. Minta tengok lagi dua pasang.

Bila dicuba-cuba, the indicisive behavior menyerang. Mengenangkan masa amat berharga, maka keputusannya ambil kedua-duanya. 

Saya jenis yang pakai kasut yang senang sarung. Sebarang alas kaki yang complicated memang tolak ketepi. Dan tak suka reben bunga bagai. Tapak kalau boleh flat yang tak nipis. Jadi pembelian tadi diharap 'alah membeli menang memakai'.

Sampai rumah, nekad buang dua pasang kasut yang dah rosak. Sepasang tu boleh baiki lagi sebenarnya tapi agak sengsara masa pakai. So just let them go.

Sekian cerita alas kaki.

*Status Whats App 1 Februari

30 January 2018

70: Masjid

Saya seorang yang sukakan masjid. Dapat tempat tinggal berdekatan dengan masjid adalah bonus paling besar dalam kehidupan. Senang nak ke masjid terutama di bulan Ramadan. Tak payah berkereta. Bagi peluang orang jauh la ruang letak kereta tu.

Jadi hari ini, saya mampu bangun awal. Seperti tahun-tahun lepas sejak berpindah ke Lembah Keramat, saya kena hadap bunyi dari speaker masjid yang terlalu kuat. Bunyi ini telah merampas semangat dan mood saya di pagi hari. Menjadikan saya tidak bersemangat untuk bangun pagi. Juga merampas rutin membaca al-Quran menanti azan subuh.

Menjelang subuh adalah waktu untuk saya bertenang dan merancang hari. Apabila ia dirampok, maka jadilah saya seperti hari ini, malas nak bangun pagi. Fikiran jadi berkecamuk. Mulut pun jadi senang je nak maki orang. Bila tanya pakcik Google, ni saya jumpa:


Macam-macam cara saya fikirkan untuk mengurangkan frekuensi bunyi tersebut, tapi punca bunyi tu dari masjid. Saya pernah doa supaya speaker yang menghala ke ruang peribadi saya tu rosak. Adalah beberapa ketika bunyinya tak ada. hahaha.

Akhirnya hari ini saya hilang sabar. Biasanya saya akan tidur setelah dah kunci jam supaya bangun lepas selesai azan. Hari ni saya rakam dan letak dalam group whats app info masjid. Ada pulak yang menaikkan darah berbicara tentang macam mana bunyi tu sampai. Saya panas hati tau. Saya bagi rakaman satu Jumaat di bulan Disember.

Saya nyatakan dengan jelas. Saya tak marahkan tahrim dan azan. Saya komplen tentang bunyi terlalu kuat sampai ke ruang peribadi saya. Mungkin tiba masanya untuk saya berpindah, barangkali. Padahal saya sukakan tempat tinggal sekarang, suka berada dekat masjid. Tarhim tak salah, tapi bantu saya atasi masalah bunyi terlalu kuat yang sampai ke ruang peribadi saya.

23 January 2018

69: Dua Ribu Lapan Belas

Azam baru? Nil. Masih lagi healing and recovery process.

Juga asimilasi keadaan baharu.

Khabarnya pentadbiran baharu.

Target baharu juga tiada. Masih mencuba target lama.

Petang-petang begini tumpul pula idea.

Sempena healing and recovery process, saya tidak berkereta. Jadi saya menggunakan perkhidmatan awam seperti dahulu jika tak tumpang orang.

31 December 2017

68: Abdomen

Banyak penyakit berpunca dari perut. Kita sumbat segala makanan mengisi usus. Kalau tak sedap, sikit sajalah. Kalau sedap, hampir meletup perut.

Kencing manis, kerana lebih gula.
Kolesterol lebih, kerana lebih apa ye?
Darah tinggi, terlebih garam.
Tak cukup makan, kena gastritis. 

Yang ini kategori umum.

Kategori wanita, di satu sudut abdomennya terletak satu organ yang lelaki tak ada. Jadi wanita, organ ini terlalu berharga.

Organ-organ di bahagian abdomen ni duduknya berdekatan. Usik satu, yang lain ikut terusik. Risiko tinggi untuk teralih dan terluka.

Mari mengenal endometrium: 
The endometrium is the mucous membrane that lines the inside of the uterus (womb).

The endometrium changes throughout the menstrual cycle. It becomes thick and rich with blood vessels to prepare for pregnancy. If the woman does not get pregnant, part of the endometrium is shed, causing menstrual bleeding.

Endometrium ini menyebabkan endometriosis apabila ia tidak keluar sepenuhnya semasa menstruasi. Baca lagi: https://www.babycenter.com.my/a25017637/endometriosis-apa-yang-anda-perlu-tahu

Ini menutup tirai blog bagi tahun 2017.

24 December 2017

67: Menjelang 2018

Tak sedar masa berlalu, sampai bulan November tak ada entry baru. Sesungguhnya November telah mencuri masa saya. Stress yang tinggi pra dan pasca 9 November.

2017, tak tahulah nak simpulkan apa. Dan tak tahu nak expect apa. Sibuk dengan diri sendiri memanjang.

Nak merepek disini, bimbang ada yang terjumpa. Siapa suruh letak url di mukabuku. So, boleh mula aktifkan balik blog personal. Kan?

Nota sisi: 
"Fesbuk adalah tempat menulis karangan tuju-tuju. Pandai-pandailah diorang match kan. Ada vocab yang perlu mereka teliti seperti; rumahtangga dan peribahasa yang disenaraikan. Itupun jika mereka berfikir. 

Jangan ingat single takde rumahtangga. Single je, bukan sebatang kara."

Aduh! Macam banyak vocab perlu dihurai. Tak apalah, saya pilih rumahtangga.

Saya malas nak gunakan senjata define. Jadi definisinya ikut suka kepala saya, tau!

Selalu orang pandang orang single yang belum jumpa pasangan hidup seolah tak ada keluarga. Jadi, saya mahu ulang, "single je, bukan sebatang kara!"

Sebatang kara ni tak ada keluarga langsung. Single sebatang kara tu ada, single masih ada keluarga pun ada.

Saya nak cerita single yang masih punya ibubapa, adik beradik. Sebelum individu bina keluarganya sendiri, dia juga berasal dari rumahtangga. Jadi, fikirkan cadangan mahupun fikiran si single ni juga. Single mungkin tak hadap mertua, tapi dia juga hadap ipar duai yang masuk keluarganya.

Entah apa-apa saya merepek kali ini. Hingga jumpa lagi.

10 October 2017

66: Rindu

Sesuatu yang dirindui ketika menaiki kenderaan awam ialah memenuhi masa. Tidak dinafikan peruntukan masa amat banyak dibandingkan dengan aliran wang keluar, khususnya menaiki bas. Bayangkan menaiki bas, saya cuma habis RM5 sahaja untuk dua hala. (Harap tambang bas belum naik)

Tapi, masa menunggu dan masa di dalam bas adalah amat berharga. Saya pernah menulis cerpen dan ia berjaya menambat hati penilai. Keinginan menyampaikan cerita membuak-buak menyebabkan saya memanfaatkan telefon pintar.

Selalunya, saya gemar membaca. Kerana itu, saya selalu membawa buku. Sampai lunyai buku-buku saya, sebab beg tangan tak sama dengan beg sandang. Maklumlah sering diseluk mencari pelbagai barang terutamanya telefon bimbit. Cari pen pun begitu. (tapi beg saya bersih dari resit pembelian, ya!)

Yang lebih berharga pada saya, masa tersebut saya dapat manfaatkan mengulang hafazan al-Quran. Kiranya, walaupun liat di rumah, ada waktu yang saya terpaksa paksa diri mengulang sebab tak ada apa nak dibuat. Hasilnya, bacaan saya lancar, kecuali jika ustaz usik. Sebabnya saya akan jadi keliru.

Saya bukanlah nak berkira bab wang. Saya cuma rindukan masa dan 'paksaan' (force) yang gagal saya manfaatkan sekarang. 

Jika penat, saya boleh tidur. Selalunya saya terjaga apabila hampir ke destinasi. Sempatlah saya jana semula tenaga. Dan, saya rindukan aunty Tan.