.

.

19 April 2021

123: 7 Ramadan 1442H

Seminggu berpuasa, ketinggalan 2 juzuk.

Ramadan yang dinanti, persiapan tak berupa. Sekadar latihan puasa dua hari. Sekadar khatam Al-Quran tanpa doa, mengejar urusan duniawi.

Ramadan yang diuji. Memasuki Ramadan masih lagi diganggu gugat dek sihir dan saka. Rutin sekian lama, Ramadan adalah menenangkan meski sibuk dengan rutin ibadahnya.

Ramadan yang masih dalam musim pandemik, tahun kedua. Ramadan yang total sendirian. Tahun lepas masjid ditutup kerana PKP dan PKPB. Tahun ini, malas berebut tempat. Lagi pula, susah juga nak atur bila gilirannya bukan setiap hari.

Ramadan yang masih berbaki. Semoga beroleh kekuatan untuk terus berusaha menghidupkan Ramadan.

ALlahumma innaka 'afuwwun tuhibbul 'afwa fa'fu 'anna.

31 March 2021

122: Ragaman

Macam melarikan diri. Macam menyembunyikan diri. Dah overload. 

Evening walk take place. Buat hari-hari sebab nak lawan anxious. Terapi menulis. Nak terapi melukis. Nak terapi membaca. 

Puasa mendatang. Perlu berlatih juga walaupun tiap-tiap tahun buat. Lambat buat latihan sebab keadaan perut berangin. Dah dapat sehari. Insya Allah Khamis lagi sekali. Lepas tu enjoy makan sampai puasa.

Sekian merepek. 

27 February 2021

121: Keadilan Sosial

Dah masuk medium ketiga sebut tajuk tu. Semoga Allah beri ilham untuk menulis dengan baik.

Dah tak tahan dengan media sosial. Semakin banyak yang ikut kepala sendiri sahaja memberi pendapat. Tak kiralah melalui ciapan Twitter, hantaran dinding Facebook atau komen di sana. Sangat melampaui batas!

Ada yang bercerita pengalaman peribadi, dan caranya adalah perbandingan keadaan masa lalunya dengan si penanya dengan nada memperlekehkan. Berkongsi pengalaman untuk tujuan dijadikan panduan, nadanya berbeza.

Ada yang melawak tak tentu pasal. Orang merujuk, mahu bertukar buah fikiran, dan sebagainya tapi balasannya memang tidak masuk akal dan memalukan orang yang merujuk.

Ada yang menyamaratakan usia. Kategori ini jelas memperlihatkan kebodohan dan tidak ada common sense. 

Belum lagi yang taksub menggunakan agama dari pelbagai sudut yang menyalahi konsep, pada pandangan peribadi saya. Yang menunggang agama pun merata.

Adab dan akhlak mulia lagilah jauh! 

Saya mahu tinggalkan media sosial, tapi itulah tempat saya escape dan distract diri. 

15 January 2021

120: Belasungkawa - Sheikh Ali Soleh Muhammad Ali Jaber

Semalam. Dapat screenshot di group whats app. Terus Google.

إنا لله وإنا إليه راجعون 

Khabar kematian Sheikh Ali Jaber itu benar. Mengenali nama beliau kerana video ayahanda kongsi tentang sedekah subuh. 

Mula-mula saya skeptikal. Bila mula dengar suara, ia semacam suara yang saya rindukan untuk mengajar saya. Bahasanya indah. Nada suaranya yang rahmah. Dan rupanya menyenangkan. Saya jumpa banyak video ceramah beliau dan berjanji akan dengar bila saya mahu nanti.

Ternyata, selepas itu saya hanya pandang sepi. Sehingga lah semalam, khabar beliau meninggal dunia memberi kesan kepada saya meski saya tidak mengenali beliau.

Dari Madinah ke Indonesia. Ternyata Allah menyusun hidup beliau memberi manfaat kepada Muslim yang berbahasa Melayu. Benar-benar da'i ilallah. Pencinta Al-Quran. Pendamping Al-Quran.

Usianya sedikit hari lagi genap 45 tahun. Namun Allah lebih dulu memanggilnya. Masih muda. Dimasukkan ke rumah sakit kerana positif Covid-19. Namun, di akhir usianya negatif. Hanya maut itu disebabkan kegagalan beberapa organ berfungsi pasca jangkitan virus korona. 

Namun kehidupannya adalah qudwah. Bagaimana beliau meneladani isterinya, anaknya, mertuanya. Bahkan ahli keluarganya, orang-orang yang ditemuinya.

اللهُمَّ، اغْفِرْ لَهُ وَارْحَمْهُ وَعَافِهِ وَاعْفُ عَنْهُ، وَأَكْرِمْ نُزُلَهُ، وَوَسِّعْ مُدْخَلَهُ، وَاغْسِلْهُ بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ، وَنَقِّهِ مِنَ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنَ الدَّنَسِ، وَأَبْدِلْهُ دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِهِ، وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِهِ وَزَوْجًا خَيْرًا مِنْ زَوْجِهِ، وَأَدْخِلْهُ الْجَنَّةَ وَأَعِذْهُ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ - أَوْ مِنْ عَذَابِ النَّارِ

31 December 2020

119: Tamat 2020

Sambut tahun baru dengan mengasingkan diri. Sebab ancaman Covid-19 terlalu dekat. Tunggu lah 10 hari.

Tak tahu bila mula tengok Grey's Anatomy, tapi dah habis back to back 15 season di Netflix. Harap season 16 available cepat-cepat. 

Tak ada mood sangat... Saja nak tinggal jejak di blog.

ADD is a lot. Depressive episode passed. Harap tak berulang lagi. That's all. 

30 September 2020

118: Hashtag Menjadi Rujukan

Sengaja cipta satu hashtag (#MaryamFight) untuk rujukan pada bila-bila masa. Rupanya keadaan sekarang bukan pertama kali. Sudah terjadi beberapa kali, cuma kali ini pertama kali berpanjangan. 

Ya Tuhan!

Memang rasa tak kuat. Tanggungjawab mendepani hidup buat terus berdiri walau apa jua keadaan mendatang. Sungguh kekuatan itu bukan dari diri sendiri, kerdilnya manusia. Serapuh mana pun manusia, yang membuatkan dia terus berdiri itu kekuatan yang Allah beri.

Pemilik alam ini Allah Maha Kuasa. Tuhan Sekalian Alam. Maka percaya ada caranya untuk mengatasi gangguan yang menggangu sunnahNYA dan sunnah 'alam.

Ketakutan.
Terasa hidup bakal berakhir.
Aku hanya manusia biasa yang sememangnya bergantung pada Tuhan untuk kelangsungan kehidupan.

Mixed up, messed up. Allah ada. Allah yang melorongkan siapa pun yang mahu membantu. Allah jua memperlihatkan status yang boost up. KuasaNYA yang tiada siapa yang boleh tandingi.

Yang mengganggu itu makhluk Tuhan jua. Dan DIA lah yang berkuasa menahannya. Jika diizinkan sekalipun, DIA jua yang berkuasa mengembalikan keadaan asal.

Kehilangan kata untuk menulis semuanya, maka aku muntahkan sekadar terdaya untuk rujukan di masa akan datang.

10 September 2020

117: Bertarung dengan Kebosanan

Susah!

Perkataan pertama dah negatif. Itulah yang kena hadap sejak sebulan lepas. Kadang lulus cemerlang, selalunya macam ni lah... tak tahu nak buat apa. Teruk betul perasaan macam ni.

Dah lah bosan tak tahu nak buat apa (taknak buat perkara yang difikirkan sukar walaupun mudah je sebenarnya), malam tidur terganggu. Tapi macam tu lah, tak berdaya nak melawan. Entahkan rasa, entah biologi, entah lah apapun tak dapat dikenal pasti.

Belum jam 3 petang dan terpaksa menulis bagi mengisi masa. Penantian adalah satu penyiksaan. Alamak! Tunggu masa balik kerja aje pun. Lepas tu buat apa? Tak tahulah... Kemalasan menguasai diri lagipun.

Nak buat banyak benda tapi kenapa entah duk fikir hal fokus. 

Tidur pagi semalam di satu sudut ofis, kemudian rasa ok. Tak ok sangat lah cerita dia, but halfway ok.

Pagi ni rasa tak betul, malasnya nak datang kerja... tak bersemangat. Sampai awal, tidur.

Dah menulis macam diari pula. Aduhai!

Semoga fasa ini segera berlalu dan boleh berfungsi sebagaimana dulu.