.

.

28 February 2023

134: Kita isi Februari

Demi menendang entri Januari ke bawah, maka paksa diri tambah sesuatu di sini. 

Mahu letak gambar ubi kemili, tapi leceh lah pula. Tak apa. Kita menaip sahaja sebelum hari berubah bulan. 

Dari Januari hingga Februari agak sibuk walaupun tak bekerja. Sibuk mengarang. Sengaja supaya otak lebih aktif. Alhamdulillah, dua penyertaan dapat dihantar meskipun banyak cacat cela. 

Perkembangan lain, sebagai pesakit endometriosis, Februari ni mencabar. Bleeding sebab salah percaturan makan ubat. Menstruation bleed. Sejak 17hb lagi. Masuk minggu kedua semakin teruk pendarahan. Buat keputusan tak solat pada 20hb. Tengok lah, hari ke-15 belum stop maknanya darah istihadhah lah tu. 

Mencabar juga lah sebab darah haid ni kita kenal dari warna, bau dan rasa. Macam tu kaedah fekah dia. Tapi darah yang keluar ni merah. Cuma berketul-ketul. Memenatkan fizikal. Menyakitkan fizikal. Rasa susah bernafas. Bahagian pinggang ke bawah tak payah cakaplah sakitnya, terutama lutut. 

Rasanya akan sambung ke entri lain. Ni nak Februari terisi je ni. Ahaks!

01 January 2023

133: Tahun Baru 2023

Gambar matahari terbenam di Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra menghala ke Pasir Pekan

Selamat tinggal 2022 yang penuh duka.
Selamat datang 2023.
Moga lebih bermakna.

 

21 February 2022

132: Hospital

Sesungguhnya ia satu kejutan yang dahsyat. Berlaku di bulan Januari.

Mungkin bukan sekarang masanya untuk aku perincikan.

Aku cuma tidak mahu Februari berlalu tanpa catatan.

Semoga aku tidak lupa untuk menulis. 

10 January 2022

131: Tahun Baru 2022

Sambut tahun baru dengan sakit. Tuhan saja yang tahu sakitnya diperlakukan demikian. Aku berserah. Aku rasa tidak mampu melawan. Itu perasaanku. Dan aku hanya berdiri bertahan. Sungguh aku tidak ketahuan, apa yang perlu aku lakukan. Aku seakan tidak nampak jalan.

Sementara itu bertali-tali mengikat diri. Kena sula. Kena ikat pada batang kayu. Kaki bagai direpih patah. Tengkukku terkulai begitu sahaja. Naik ke muka. Allahumma!

Hujung minggu dihabiskan dengan tidur. 

Aku  yakin Allah Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Menjaga lagi Maha Melindungi. Moga aku terus hidup dengan keyakinan ini.

23 December 2021

130: #DaruratBanjir

Hujan yang tidak berhenti hampir tiga hari menenggelamkan banyak tempat. Jumaat bermulanya hujan.

Aku pulang ke Kota Bharu. Dan Tuhan izinkan aku tiba di rumah. Walaupun selepas label Kampung Pia, jalannya ditutup kerana banjir lalu dialihkan laluan keluar ikut bulatan Benta - Raub (aku tak pastu nama bulatannya).

Di rumah, satu keputusan sukar dibuat. Pulang ke sangkar menaiki belon. Dapatlah aku kembali bekerja tepat pada masanya, tak tambah cuti atau Bekerja Dari Rumah.

Sesungguhnya #DaruratBanjir mengajar aku sesuatu. Hujan yang tidak berhenti boleh mengakibatkan bencana yang boleh meragut nyawa. Ketika itu juga negara gempar dengan kemalangan ngeri mengorbankan 10 nyawa, dalam hujan. Keadaan ini mengajar aku menjaga diri dari mengulas sehingga benar-benar pasti.

Bencana 2014, ketika itu aku aktif membantu. Kali ini aku seakan lumpuh. Hingga mahu menyumbang pun bertangguh-tangguh. Ya Tuhan, apa dah jadi dengan aku? 

Aku bukan nujum. Aku bukan bersangka-sangka. Namun, ianya berdasarkan masa lalu. Ada tahun banjir menjadi buruk. Ada tahun cukup persediaan. Dan aku sendiri pun tidak tahu bila ianya cukup persediaan ataupun tidak. Hanya disedari selepas ia berlaku. Dengan teknologi, dapat diketahui di mana sesuatu bencana alam bakal berlaku berdasarkan penggunaan alat tertentu. Keadaan geologi, arah angin dan sebagainya. Macam taufan Rai, beberapa minggu lepas sudah pun ada berita.

Cerita lain, aku masih dihujani mimpi yang tak diingini. Hari ini aku dijerkah, "mana ada!" Berdesing juga telinga aku. Sebab aku tanya diri, "adakah aku akan kembali sihat jika maharani mati?" Aku sakit. Tapi, ubat hospital tak buat aku rasa normal. Sakitlah sebab nak baring tidur sahaja tapi tak boleh lelap.

Tuhan ada janjiNya. Dan semoga Tuhan juga berikan aku kesabaran untuk terus bertahan.

08 December 2021

129: Melawan diri

Satu lagi update pendek, rasanya tak mungkin panjang kerana dalam waktu bekerja. 

Bila rasa tergantung tu memang tak selesa. Tambah bila rasa nak tidur tapi badan kata, "it is enough!"

Bimbang dengan keadaan diri. Bimbang dengan bermacam hal. Kebimbangan beraja. Nak jadi apa pun tak tahu. Nak makan apa pun jadi punca bimbang tak tentu hala.

Kuantiti makan semakin berkurang. Selera pun tak banyak. Satu hal juga nak menyukat. Nak kena kerap beli roti, sebab itulah menu sarapan dan makan malam.

Kena jalan kaki beli roti lah petang ni.

30 November 2021

128: Bored November

Sebelum November jadi kenangan, baik tulis dulu.

Tahun ni decide balik KB during birthday. Tapi yang jadi, tarikh hari jadi tu jadi roadtrip. Jadi, cuti yang sepatutnya layan diri di kampung roadtrip bermula. Penat duduk dalam kereta.

November masih berperang dengan kebosanan. Wallahu a'lam apa rencana Tuhan dan bagaimana makhraja yang diatur. Yakin lah dengan aturan Tuhan.

Penulisan tanpa berfikir, entah apa rasa hati yang tidak diteropong dalam-dalam. Bagaimana mahu teropong jika kebosanan yang menghantui tanpa mampu berbuat perkara lain. Mahu tidur juga tidak terlaksana.

Orang yang bosan dan membosankan. Tiada apa nak dicerita kongsikan.