.

.

31 May 2023

137: Zulkaedah 1444H

Rezeki hari ini, printer perlu ditukar power supply dan tidak dikenakan sebarang bayaran sebab masih under warranty.

Semalam, nak nyalakan printer, tekan suis tak juga menyala. Memandangkan usia printer sudah lebih setahun, tak terfikir langsung nak cari kedai repair. Jadi duk buka sendiri berpandukan youtube. Mujurlah tak rosak apa-apa. 

Masa angkat printer, jumpa satu bentuk cicak bawah dia dan semut berkerumun. Ya Tuhan! memang dah nampak berhari-hari tapi tak cuba cari punca apa sebab semut-semut tu berbaris di situ. Terus ambil mini vacuum dan bersihkan lah. Sekali, semut-semut tu ada dalam printer... di bawah cermin scanner pula berbaris diorang entah apa yang dilakukan.

Sekitar 4.30 petang, cari kedai repair berdekatan rupanya ada kedai Canon dekat la dengan HRPZII. Ajak si Piya pergi. Google kata tutup pukul 6. Jam 5.30 kami sampai sana dan disuruh tinggal.

Pagi ni tunggu la call dari technician Canon. Dekat pukul 11 pagi tadi call nombor yang ada pada resit. Lepas tu technician call. Dia cakap dah siap dah boleh ambil. Dia juga lah bagitau tak kena bayar.

Dalam 11.45 gerak ke kedai. Bagus betul staf kedai ni. Dia tolong angkat printer dan hantar ke kereta. 

Sebenarnya tak suka sangat sebab mereka macam malas nak layan kita nak berbual. Bad customer service lah kiranya. Tapi bab cepat repair dan tolong angkat tu bagus.

Balik tu, tengok semut masih ada. Pening kepala juga. Tapi memandangkan hujung minggu ni short escape, biar lah dulu semut tu. Balik nanti pula lah kita rujuk Canon.

Zulkaedah ni orang sibuk berangkat mengerjakan haji. Zulhijjah pula nanti akan sibuk sekejap. Entah la, segan betul nak minta dengan Allah biar ada rezeki lebih untuk buat ibadah korban. 

30 April 2023

136: Syawal 1444H

Tahun ni disibukkan dengan kenduri sepupu, anak sulung Chik Khairiah. 

Sebentar tadi geng Lembah Klang bergerak meninggalkan rumah. Nanti jumpa lagi lah mereka semua.

I lost the touch with kids sebenarnya. Anak-anak zaman ni perlu dilayan ikut zaman. Dua tiga hari ni, boleh la bonding dengan anak-anak saudara yang semuanya lelaki. Bonding dengan menyuap makan. Payah ya ampun nak suruh makan.

Bila disuap, banyak lah makannya. Bila perut kenyang, kurang sikitlah mereka meragam. Tak kira lah yang bawah 6 tahun atau 6 tahun ke atas.

Sebenarnya ada benda nak tulis pasal bonding dengan extended family. Tapi kita simpan dulu aje lah. Harap kemudian ingat apa yang nak ditulis.

Sekarang cuma mahu ada entry bulan April. Hehehe... perasan sibuk sangat!

31 March 2023

135: Ramadan 1444H

Hari tu rancang nak tulis tentang TikTok. Tapi dah Ramadan tiba Ramadan tiba, maka tangguh dulu lah. Ni pun paksa diri tulis sesuatu kerana 12 malam nanti sudah masuk April.

Dah malam ke-10. Dalam Ramadan ni juga, tetiba buat channel telegram. Siapa nak tengok, boleh klik: https://t.me/emmakeif ok. Macam lah blog ni ada pembaca. Ini blog syok sendiri sahaja sekarang. Nakkan perhatian, tulis lah pelik-pelik di muka buku. Hahaha!

Ada kisah tentang TikTok. Kita tangguh lah sebab mengantuk ni. Rasanya malam ni tidur kejap sebelum solat Isyak dan terawih.

Siang tadi berjaya baca Quran macam biasa, tak lagi tak mahu keluarkan suara. Natijahnya nafas semakin pendek. Wallahu A'lam. Target Januari lah masuk kelas renang. Semoga ada rezeki lebih. Nak masuk balik kelas tahsin.

Sebetulnya tengah gelisah. Dapat jadi guru ganti KAFA, dekat je dengan rumah. Tapi, sebagai orang yang memerlukan guide sepanjang masa, memang tak tahu lah mampu ke tidak nak galas beban ni. 

Ok lah, lari dari cerita Ramadan. Tak apa... ni just nak keep up dengan blogging.

28 February 2023

134: Kita isi Februari

Demi menendang entri Januari ke bawah, maka paksa diri tambah sesuatu di sini. 

Mahu letak gambar ubi kemili, tapi leceh lah pula. Tak apa. Kita menaip sahaja sebelum hari berubah bulan. 

Dari Januari hingga Februari agak sibuk walaupun tak bekerja. Sibuk mengarang. Sengaja supaya otak lebih aktif. Alhamdulillah, dua penyertaan dapat dihantar meskipun banyak cacat cela. 

Perkembangan lain, sebagai pesakit endometriosis, Februari ni mencabar. Bleeding sebab salah percaturan makan ubat. Menstruation bleed. Sejak 17hb lagi. Masuk minggu kedua semakin teruk pendarahan. Buat keputusan tak solat pada 20hb. Tengok lah, hari ke-15 belum stop maknanya darah istihadhah lah tu. 

Mencabar juga lah sebab darah haid ni kita kenal dari warna, bau dan rasa. Macam tu kaedah fekah dia. Tapi darah yang keluar ni merah. Cuma berketul-ketul. Memenatkan fizikal. Menyakitkan fizikal. Rasa susah bernafas. Bahagian pinggang ke bawah tak payah cakaplah sakitnya, terutama lutut. 

Rasanya akan sambung ke entri lain. Ni nak Februari terisi je ni. Ahaks!

01 January 2023

133: Tahun Baru 2023

Gambar matahari terbenam di Sungai Kelantan dari Jambatan Sultan Yahya Petra menghala ke Pasir Pekan

Selamat tinggal 2022 yang penuh duka.
Selamat datang 2023.
Moga lebih bermakna.

 

21 February 2022

132: Hospital

Sesungguhnya ia satu kejutan yang dahsyat. Berlaku di bulan Januari.

Mungkin bukan sekarang masanya untuk aku perincikan.

Aku cuma tidak mahu Februari berlalu tanpa catatan.

Semoga aku tidak lupa untuk menulis. 

10 January 2022

131: Tahun Baru 2022

Sambut tahun baru dengan sakit. Tuhan saja yang tahu sakitnya diperlakukan demikian. Aku berserah. Aku rasa tidak mampu melawan. Itu perasaanku. Dan aku hanya berdiri bertahan. Sungguh aku tidak ketahuan, apa yang perlu aku lakukan. Aku seakan tidak nampak jalan.

Sementara itu bertali-tali mengikat diri. Kena sula. Kena ikat pada batang kayu. Kaki bagai direpih patah. Tengkukku terkulai begitu sahaja. Naik ke muka. Allahumma!

Hujung minggu dihabiskan dengan tidur. 

Aku  yakin Allah Maha Melihat, Maha Mendengar, Maha Menjaga lagi Maha Melindungi. Moga aku terus hidup dengan keyakinan ini.