.

.

30 September 2020

118: Hashtag Menjadi Rujukan

Sengaja cipta satu hashtag (#MaryamFight) untuk rujukan pada bila-bila masa. Rupanya keadaan sekarang bukan pertama kali. Sudah terjadi beberapa kali, cuma kali ini pertama kali berpanjangan. 

Ya Tuhan!

Memang rasa tak kuat. Tanggungjawab mendepani hidup buat terus berdiri walau apa jua keadaan mendatang. Sungguh kekuatan itu bukan dari diri sendiri, kerdilnya manusia. Serapuh mana pun manusia, yang membuatkan dia terus berdiri itu kekuatan yang Allah beri.

Pemilik alam ini Allah Maha Kuasa. Tuhan Sekalian Alam. Maka percaya ada caranya untuk mengatasi gangguan yang menggangu sunnahNYA dan sunnah 'alam.

Ketakutan.
Terasa hidup bakal berakhir.
Aku hanya manusia biasa yang sememangnya bergantung pada Tuhan untuk kelangsungan kehidupan.

Mixed up, messed up. Allah ada. Allah yang melorongkan siapa pun yang mahu membantu. Allah jua memperlihatkan status yang boost up. KuasaNYA yang tiada siapa yang boleh tandingi.

Yang mengganggu itu makhluk Tuhan jua. Dan DIA lah yang berkuasa menahannya. Jika diizinkan sekalipun, DIA jua yang berkuasa mengembalikan keadaan asal.

Kehilangan kata untuk menulis semuanya, maka aku muntahkan sekadar terdaya untuk rujukan di masa akan datang.

10 September 2020

117: Bertarung dengan Kebosanan

Susah!

Perkataan pertama dah negatif. Itulah yang kena hadap sejak sebulan lepas. Kadang lulus cemerlang, selalunya macam ni lah... tak tahu nak buat apa. Teruk betul perasaan macam ni.

Dah lah bosan tak tahu nak buat apa (taknak buat perkara yang difikirkan sukar walaupun mudah je sebenarnya), malam tidur terganggu. Tapi macam tu lah, tak berdaya nak melawan. Entahkan rasa, entah biologi, entah lah apapun tak dapat dikenal pasti.

Belum jam 3 petang dan terpaksa menulis bagi mengisi masa. Penantian adalah satu penyiksaan. Alamak! Tunggu masa balik kerja aje pun. Lepas tu buat apa? Tak tahulah... Kemalasan menguasai diri lagipun.

Nak buat banyak benda tapi kenapa entah duk fikir hal fokus. 

Tidur pagi semalam di satu sudut ofis, kemudian rasa ok. Tak ok sangat lah cerita dia, but halfway ok.

Pagi ni rasa tak betul, malasnya nak datang kerja... tak bersemangat. Sampai awal, tidur.

Dah menulis macam diari pula. Aduhai!

Semoga fasa ini segera berlalu dan boleh berfungsi sebagaimana dulu.

28 August 2020

116: Pemergian Kak Muzaliza

  إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ  

she lost her battle due to cancer 12.30 am last night

her last words;
Assalamualaikum shabt..

Kakak2, abg yg sgt saya hormati krn Allah Taala..

 Allah jua yg jnji saksi akn persahabtan dlm apa bentuk perjuangan ini bak kata kak Gee tk kira besar atau kecil perjuangan itu tpi smua krn Allah jua.

 Perjlnan hidup hidup ini mmg terlalu singkat utk kita hidup. Tiada sdikit pun perbuatan baik kita Allah akan persiakan..

 Tak kira smasa masih hidup sngguhpun setelah kita "di alam" saya.

 InshaAllah saya akan terus kumpulkan semngat dan kekuatan ini demi Allah yg mnciptakn HambaNya. Dia Maha Pencipta dan Pada Dia juga saya berserah InshAllah.. 💪🌹❤..


Tak mudah dpt dikelilingi insan hebat yg sama berjuang dijalan Allah..

Semoga ini mnjadi saksi kita disana kelak.. Ameen YaaRabb..salam penuh Ukhuwah krn Allah..
InshaAllah mnunggu Subuh utk prosuder CTsan hari ni dlm pkul 8-9pagi. Terus doakn buat saya hamba penoh hina. Amounkan segala dosa dan halal termkn dan terminum.

InshaAllah za redha segala kententuanNya.. AmeenYaRabb..

 Rinduu smua.. ❤❤❤❤❤


اللهم اغفر لها وارحمها وعافها واعف عنها، وأكرم نزلها، ووسّع مدخلها، واجعل قبرها روضة من رياض الجنة، وأسكنها الفردوس الأعلى

07 August 2020

115: Missing July

Tajuk bahasa Inggeris pun tak apa lah. Janji Ogos ada entri.

Semua benda nak buat sampai lupa sampai tak terbuat.

Sekian.

30 June 2020

114: Korban Kasih


Drama adaptasi dari novel terbitan DBP menjadi sebutan. Tetapi tidak terjebak; kerana rakan serumah memilih siaran TV3 dan ketika itu Ramadhan. Fokus lebih kepada puasa dan aktiviti berkaitan Ramadhan.

Habis Ramadhan barulah terjebak dengan siri Korban Kasih. Hari terakhir berpuasa tu tengok episod terakhir.

Bila marathon siri ni, baru perasan... pernah tertengok episod Jalil kena pukul dengan mak dia, Norizah. Make up Norizah menjadi sampai saya tak kenal itu sebenarnya Dynas Mokhtar. Walaupun Dynas ni belum 40an, wataknya tidak canggung dalam cerita tersebut.

Saya tak boleh move on dari drama Korban Kasih dengan mudah. Teruk kesannya pada jiwa saya. Kesian dengan Jalil. Dan penceritaan drama Korban Kasih membuktikan scene-scene sweet tidak memerlukan sentuhan dan pelukan pun! Sebab, sweet kot Jalil dan Aishah dalam cerita ni.

Semua watak ada peranan dan pengaruhnya. Dato' Mail, Datin Hasnah, Bibi, Norizah, Fauzi, Aziah, Jamil, Jalil, Imah, Aishah, Ijal, Fika, Farah, Dato' Hadi, Fuad, Hasan... Semuanya kena ada untuk melengkapkan cerita.

Nampak gayanya, kena tulis bahagian dua untuk pengajaran. 

Drama Korban Kasih boleh disaksikan di web dan app Myklik RTM. Jangan cari di YouTube, memang tak jumpa. 

24 May 2020

113: Days of Conditional Movement Control Order - Ramadhan PKPB

1 Syawal - REVIEW RAMADHAN

Alhamdulillah wasy syukru lillah kerana berjaya jua menghadapi Ramadhan secara bersendirian untuk makanan rohani. Makanan badani, masih ada kawan yang makan saja masakan saya walaupun tak sedap tanpa banyak kompelin. Disebabkan kegagalan saya menguasai disiplin kemahiran memasak, maka kawan saya lah yang lebih banyak menyediakan makanan sahur dan berbuka. Semoga Allah merahmati kawan saya ini. 

Ramadhan sentiasa saya jadikan waktu untuk reset. Memulakan semula apa yang gagal dibawa dari Ramadhan lalu. Sungguh saya ini Ramadhaniyyin, mudah-mudahan masih berkesempatan meningkatkan diri menjadi sebahagian dari Rabbaniyyin.

Walau diuji dengan kesihatan fizikal dan mental, Allah beri kekuatan untuk 'mendirikan Ramadhan'. Beberapa kali berlaku mental breakdown sebenarnya, adakalanya terasa seperti zombi... Saya rasakan ianya begitu luar biasa, yang mana saya tidak mampu harungi tanpa menyedari Allah itu sangat dekat, malah lebih dekat dari urat merih.

Serangan asthma yang tidak berhenti, kaki terseliuh, kemudian menjemput gastrik gara-gara sayur kobis.. saya hilang fokus. Saya terlupa akan serangan asthma disebabkan terseliuhnya kaki. Jadi tak sedar sesak nafas yang memerlukan Inhaler. Gastritis pula mengganggu fokus aktiviti harian, sehingga Allah ilhamkan untuk ambil sejenis lagi ubat untuk gastrik. Usaha juga dengan membaca manzil, kesakitan itu keluar... tinggal lagi sedikit sakit pada kaki yang terseliuh.

Kuasa doa. Meminta pada Yang Maha Esa dengan doa dalam ma'thurat, Khamis hari saya masuk pejabat bertembung dengan kakak yang pandai urut tengokkan kaki. Walaupun masih berbaki kesakitan, tetap ada perubahan.

Sasaran Ramadhan kali ini tak banyak, malah berkurang dari Ramadhan dahulu. Kecuali bilangan khatam al-Quran dan satu lagi perkara yang saya mahu lazimi semula, saya berjaya capai. Ianya tak mudah sebenarnya. Hanya tekad membawa keazaman untuk buat walaupun keadaan fokus itu begitu minima.

Saya belajar semula berdoa. Mujur waktu buka Instagram nampak gambar tatacara berdoa di akaun Aalaa'. Belajar juga doa-doa dari Qunut di Haramain. Doa-doa yang indah, yang sebelum ini saya harapkan dari imam di sepuluh malam terakhir di masjid UIA.  Seolah kompas saya baru ditemui semula selepas bertahun-tahun mematung diri.

Walaupun sibuk 'melayan keinginan' untuk kemaskini situasi politik tanah air, saya jadi buntu dan beku. Ada hari, malas betul nak ambil tahu. Dan tak buat apa-apa. Dah hujung-hujung barulah ada rasa mahu mendoakan agar keadaan jadi lebih baik.

Petang Jumaat terakhir Ramadhan, sedang berpuasa hujan lebat pula.. Subhanallah, saat doa mustajab... Alangkah ruginya sesiapa yang melepaskan peluang berdoa.

Fasa terakhir Ramadhan, saya rasa lelah (bukan serangan asthma) mengejar sasaran. Lalu saya buat keputusan untuk 'follow the flow' saja. Saya lepaskan sasaran bilangan khatam. Waktu ni saya dah terbayang, jika tak lepaskan, saya mungkin korbankan yang lain sama. Maka kenalah win-win. Pujuk diri; tak apa.. Kan nak cuba terus baca setiap hari selepas Ramadhan.

Qiam Ramadhan. Tak mudah nak kekal buat setiap malam secara sendirian. Walaupun iblis dan syaitan kakinya dirantai, 11 bulan kot mereka train dan tarbiah kita ni. Pujuk diri, kan tempat terbaik untuk wanita beribadah adalah biliknya. Kalau dalam bilik tu ada bilik lagi, bilik dalam bilik itu lah tempatnya. Wallahu a'lam, setakat itu saja pengetahuan saya. 

Begitu lah kisah saya dan Ramadhan dalam PKP dan PKPB ini. 

#MaryamMerepek 
#RamadhanMaryam
#RamadhanPKP
#RamadhanPKPB

Nota: tulisan di FB saya abadikan di sini. 

30 April 2020

112: Days of Movement Control Order (MCO) - Phase 4

Sudah 90 hari jauh dari rumah keluarga. Mental sudah di gores luka kemudian diberi ubat, dia pulih seketika. Syukur atas nikmat begini, maka masih lagi berfungsi.

PKP dilanjutkan lagi. Tak apa, sehingga semua kawasan jadi hijau masih sanggup berkurung. Namun, kerana golongan kayangan, ketenangan direnggut. Dejavu. Macam filem Daulat di alam nyata.

Mahu tulis panjang tentang sikap dan mindset. Entah bila nak menghadap dan menulis. Mahu bercerita sikap orang yang bertanggungjawab dengan diri sendiri, masyarakat dan negara.

Esok hari buruh. Ramai 'buruh' tidak dapat bekerja kerana PKP. Meski ada sektor telah dibenarkan beroperasi sepenuhnya, namun dilema ibubapa mengenai taska belum ada jawapan. 

Benar-benar meluat melihat cara pemerintah mengurus keadaan. Kala rakyat kelaparan dan lumpuh ekonominya, mereka sibuk berbahagia jawatan. Tidak cukup jawatan, langgar PKP lagi. Rakyat langgar, kena gari kena penjara. Geng mereka langgar, ambil kenyataan dan denda saja. Dua darjat. Kayangan. 

Doa saya tidak mampu dizahirkan di sini. Sekiranya rakyat ada peruntukan undi tidak percaya, saya sanggup beratur menzahirkannya.