klik sikit..

kata-kata aluan perawi

ahlan wasahlan! selamat datang! welcome!
jika ada lontaran idea di mana-mana riwayat, sila tinggalkan tambahan riwayat pada entri berkenaan. itu lebih molek..
jika suka dengan persinggahan saya, boleh turut serta di bahagian yang mahu syahid di hujung bawah kanan persinggahan ini.
juga dialu-alukan membuat pautan ke sini.
syukran. terima kasih. thank you.

satu-satunya nostalgia dengannya

15 July 2009

sampai depan pc aje, idea menguncup.. lari seminit dari pc, idea mengembang. eh apa benda maryam merepek ni? baik, saya teringat sesuatu yang ingin diceritakan.

allahhumaghfirlaha warhamha. sama-sama kita doakan keampunan untuk orang yang akan saya ceritakan nanti.

dua hari lepas, sekolah mula beroperasi. saat berpapasan dengan momo, saya ada bertegur sapa dengannya. tetapi selepas itu, isyarat mesej masuk berbunyi. bila dibuka, ianya makluman ketiadaan seseorang yang pernah jadi ahli keluarga. saya panggil dia makngah leha. kerana dia pernah berkahwin dengan pakngah saya.


pakngah - suatu memori

bonda pantang melihat motosikal scrambler, kerana itu mengingatkannya pada arwah pakngah. pakngah merupakan adik bonda yang mencetuskan semangat mahu jadi guru terbaik kepada muridnya. pakngah tidak berminat bersekolah kerana sikap gurunya.

arwah pakngah pernah menyantuni saya. dari kecil, saya teramat gemar menghabiskan masa di kampung bonda. kampung yang dapat anda saksikan keindahannya jika melalui jalan utama kota bharu - kuala lumpur. suatu petang saat liburan, pakngah bawa saya dan xuejah ke kolam air panas berdekatan menaiki motor. kami pergi begitu sahaja tanpa sebarang bekal. tetapi dengan kekreatifan pakngah ketika itu, saya dan xuejah dapat berendam di dalam kolam tersebut.

saya tidak ingat pakngah berkahwin. ingat-ingat saya pakngah kemudian berhijrah ke johor. selepas beliau berhijrah, hanya beberapa kali di ingatan saya bertemu dengannya. antara yang saya ingat, ketika kenduri che ngah. kemudian ketika ayah bawa kami sekeluarga bercuti ke johor. saya lupa raya puasa tahun 95 pakngah balik atau tidak.

tahun 97 aatau 98, kami dapat berita pakngah sudah tiada. sebelumnya atuk ada berkunjung ke johor mengajaknya pulang. atuk berkunjung ke sana sekitar ogos. pakngah bertegas bahawa dia akan pulang hujung bulan nanti. pakngah benar-benar pulang pada 31 ogos tetapi hanya jasadnya. bila jasadnya tiba, saya dan beberapa orang mengelilingi mayatnya dan bacakan al-quran untuknya. pakngah tiada zuriat sendiri.

saya iring mayatnya hingga ke perkuburan. allahumaghfirlahu warhamhu.


sembang dengan makngah

bonda berkali-kali memberitahu, makngah berniaga di jalan telipot. tetapi saya tidak pernah terserempak hinggalah suatu hari. saya ketika itu di tingkatan tiga. tak silap saya, hari itu hari khamis. selepas asar sementara menunggu program sekolah bermula lewat petang itu, saya dan sumayyah (ummu umar) berjalan kaki dari sekolah ke tapak jualan kuih muih di jalan telipot, amat dekat dengan masjid.

makngah menegur saya terlebih dahulu. saya sendiri sudah tidak mengecam beliau. kami sembang agak lama sambil-sambil dia melayan pembeli akok. dia bercerita tentang dirinya selepas pakngah tiada. dan saya sekadar jadi pendengar yang setia. saya kurang mengetahui hal ehwal keluarga bonda, jadi saya cuma mampu mendengar. selepas beberapa lama, hari juga semakin gelap, saya dan sumayyah minta diri kembali ke sekolah.

ketika pulang bercuti, saya ada ikut bonda balik kampung. bonda tahu makngah sudah keluar hospital waktu itu. makngah berada di hospital untuk proses pemotongan kaki kanan. makngah mengidap banyak penyakit. walaupun waktu itu sudah hampir maghrib, saya tetap menggesa bonda untuk masuk dalam kampung ziarah makngah. kalau sudah gelap, susah juga mahu redah jalan sempit dengan inno.


sudah tersurat

selepas pakngah meninggal, makngah berkahwin lain dan mendapat anak. namun, siapa sangka dia akan pergi selepas lebih kurang tiga bulan kaki kanannya dipisahkan dari jasadnya? saya sendiri terkejut. selain mengucapkan innalillah, saya hanya mampu membenarkan ayat-ayat dari buku mulia. sungguhlah maut itu tidak akan dilambatkan mahupun dipercepatkan walau sesaat.

allahumaghfirlaha warhamha.

Read more...

apa nak diceritakan?

14 July 2009

new session, new spirit, new schedule, new job...

a little bit lazy in my mind.. uh!


banyak perkara berlaku dan saya benar-benar kebingungan (dan kelaparan juga.. hihihihi)

semalam macam banyak betul benda nak diceritakan, tetapi sekarang saya kebuntuan buah fikiran.

mungkin satu perkara; allahummaghfirlaha warhamha... momo khabarkan makngah meninggal jumaat lepas. saya tidak pasti yang mana satu. bila sudah pasti, akan saya bercerita kenangan saya bersamanya nanti.

blog bagaikan terabai.. saya semacam tidak ada perkara yang mahu dikongsi. sebab itu, mungkin, menjadi punca saya tidak buat entri berjadual. kadang-kadang masa juga menjadi punca.

sudahlah, saya mahu makan.


nota darurat: hari pertama sekolah sudah dapat 50 latihan kira-mengira! kena fikirkan tajuk untuk argumentative essay.. any ideas? related to businesses area... and have islamic perspectives.

Read more...

kemaskini automatis

10 July 2009

ni nak mera'ikan permintaan adinda piya saya. dia sudah keluar dari sekolah di nilam puri. 13hb nanti dia akan mendaftar di ipg di pulau pinang.


mula-mula, macam biasa, kena log in. kemudian awak klik pada setting seterusnya pada formatting.


kemudian, awak cari timestamp format, pilih mana-mana format masa dan tarikh yang awak mahu.


masih di bahagian setting >> formatting, awak cari time zone dan tukarkan ia jadi (GMT+08:00) Kuala Lumpur. dengan itu, waktu awak menulis blog akan sama dengan waktu malaya. ini adalah untuk memudahkan awak mengagak bilakah masa yang awak mahu entri awak terpamer.


seterusnya, silalah ke bahagian tulis entri. eh, awak kan dah biasa tulis blog, awak tentu tahu di mana mahu tulis entri baru. selepas tulis, awak terus ke bahagian bawah ruang entri. klik pada post options, awak akan dilihat perkara seperti dalam gambar di atas. untuk tidak membenarkan sesiapa mengomen, klik pada don't allow. kalau tidak, biarkan sahaja.

tengok pula pada post date and time. di situlah awak perlu berbuat sesuatu agar entri awak tidak akan keluar serta merta tetapi akan keluar pada waktu yang awak inginkan. comtohnya awak tulis pada jam 8:42 PM 8 julai 2009, tetapi awak mahu ia terpamer pada jam 9:42 pagi keesokan hari. jadi, awak perlu tukar tarikh menjadi 7/9/09 (formatnya: bulan/hari/tahun) dan masa jadi 9:42 AM. selepas selesai, tekan publish post.


awak dapati ia akan tersenarai seperti dalam gambar ini selepas butang publish post ditekan. sekarang awak sudah boleh beredar dari komputer. entri akan dipamerkan oleh blogger secara automatik bila waktu yang telah awak tentukan itu tiba.

Read more...

durian oh durian~

08 July 2009

sedapnya!

kan?

kan?

sayangnya ini bukan gambar yang saya tangkap atau pukul. saya cuma ambil-tak-curi di gugel aje. pakcik gugel marah tak? nanti di hujung entri saya pamerkan sumber macam biasa.

minggu ni sudah dua tiga petang mengadap durian. kadang-kadang terus cangkung di halaman rumah. kalau rasa mahu sedikit bersopan, bawa masuk ke dapur. rumah saya panjang ke belakang, dapurnya jauh. kena rentas ruang tamu, ruang legar baru jumpa ruang makan.

rasanya sudah banyak tahun tidak makan durian dari kebun sendiri. err kebun ayahanda. saya tak ada harta. kebun ayah tu kecil saja. muatlah dalam 15-16 pohon durian. dekat kubur. tahun ini kebetulan sekolah saya buka lambat sedikit berbanding sekolah orang lain. jadi saya berpeluanglah untuk merasa.

hari isnin saya bawa ummi solah datang ke rumah. langsung saya jamukan dia dengan durian. solah tak ada, tak dapatlah suap pada solah. lala ada bercerita tentang kebun durian ayah. bahagian tiga. orang di uk, melbourne, adelaide dan dubai jangan meraung. *gelak sopan*


penculikan gambar: http://www.samartfoods.com/images/1197246840/durian.jpg

Read more...

akan terus-terusan merusuh

ketika ini saya cuma berupaya berbisik dalam jiwa sendiri yang terjemahannya: aku redha allah sebagai rabbku, islam agamaku, dan muhammad sebagai nabiku.

siapa kata mudah untuk berlapang dada dengan ketentuan? walau sudah pernah dilanda situasi yang lebih kurang sama berkali-kali, ia tetap merentap jiwa manusia.. paling teruk hingga hilang keyakinan. mudah-mudahan saya dan anda bukan dari golongan yang teruk itu.

keyakinan bukan sekadar kata-kata, tetapi ia perlu meresap ke dalam jiwa manusia seterusnya terpamer pada akhlak manusia itu. saya bukan siapa-siapa untuk menilai orang lain. cukuplah saya koreksi diri sendiri; ingatkan bahawa dunia ini sempit jika hanya bertumpu di situ. akhirat itu lebih luas dan lebih indah.

cukuplah nota sependek ini, barangkali?

ke awak pun nak merusuh terhadap saya kerana tidak lagi kerap menambah entri?

Read more...

konvensyen 2009

06 July 2009


tatkala sesi memecahkan ais;
penyibuk: kumpulan sana lahir di mana?
ahli kumpulan: negara obama (lalu ketawa terkekeh-kekeh)
kumpulan lain + penyibuk-penyibuk: jauhnya!



nota darurat: perkataan ditambah menggunakan photobucket.com.

Read more...

kemaskini persinggahan

pameran

angka pemerhati berkunjung

tukang jaga menerangkan

bahawa:
"kandungan isi blog merupakan lontaran idea spontan si perawi."

oleh sebab itu;
sila berhati-hati di jalan raya. kerana mat rempit tidak berjaya di trek hutan. juga kerana gadis litar tidak dapat menyeimbangkan dirinya yang bertumit tinggi ketika berdiri di daun.

riwayat perawi yang diilhamkan oleh pencipta perawi kepada perawi. sila sebarkan yang mana mendatangkan kebaikan. mudah-mudahan ia dikira 'tabligh', menyampaikan kebenaran.

yang mahu syahid

  © Blogger template Newspaper II by Ourblogtemplates.com 2008

Back to TOP