.

.

12 January 2017

56: Cantik I

Kebelakangan ni banyak cerita berkenaan kesan sampingan penggunaan kanta lekap ditularkan (diviralkan). Selain cerita ozon therapy tu la kan. Juga kesan penggunaan alat kosmetik.

Syukur ke hadrat Ilahi sebab ditutupkan keinginan mahu jadi cantik bergaya selain tak malu untuk berkaca mata di khalayak sepanjang masa. Mungkin sebab dah biasa dengan kecacatan tulang radius dan ulna? Allah saja yang tahu.
Image result for sesungguhnya allah itu cantik dan suka akan kecantikan

"Sesungguhnya Allah itu cantik dan sukakan kecantikan". Ni maksud hadis di atas. Tapi kita lupa yang seterusnya menyebut, "Kesombongan adalah menolak kebenaran dan merendahkan manusia." [1]

Apa saya faham dari hadis tu, Allah ciptakan manusia ni dah cukup cantik. Tak perlu dicantikkan lagi dah. Perfect kata orang negara tempat saya lahir. Cantik yang subjektif. Tapi hari ini setiap individu mendefinisikan mengikut rasa masing-masing. Tapi babi tu tak pula dirasakan cantik ya? Padahal warnanya pink kemerah-merahan. (This is not Gilly, a pet of James Breakwell - twitter: @XplodingUnicorn)

Jadi, masing-masing mahu berhias dan mencantikkan fizikal. Barang kosmetik yang dijenamakan semula menjadi perhatian. Dengan alasan halal. Kanta sentuh menarik minat, boleh tukar warna mata. Terapi ozon juga digilai, kononnya untuk tukar darah (?) dan mencantikkan kulit. Cucuk vitamin C. Dan macam-macam lagi.

Saya tak mahu komen selain kanta lekap. Sebab, saya tak berminat untuk mencantikkan diri mengikut definisi yang ditontonkan di media tidak kira media sosial mahupun media massa. Berpakaian ketat, a big no. Jangankan suruh saya make up muka, pakai lipstick pun tak. Paling-paling pun saya pakai losyen dan lip gloss, itupun semasa kursus di Kyoto. Musim luruh.

Kanta lekap, pengalaman pakai selama tiga hari, saya kepeningan. Tapi gigih pakai sebab nak tengok view dalam laut. Untuk hari-hari, pakai aje lah cermin mata. Sedar tak sedar, dah 18 tahun berkaca mata. Not an easy job sebab, ye lah... cermin mata kan. 

Saya masih ingat zaman remaja saya, trend menggunakan cermin mata yang bertukar menjadi gelap bila berhadapan cahaya matahari amat popular. Rata-rata optometris recommend pakai yang begitu tetapi tidak pakar mata saya. Begitu juga semasa trend memakai lense pakai buang semurah RM20 sebulan, pun beliau tidak galakkan.

Kanta lekap, kata seorang kakak yang belajar di Jepun... dia pakai lense semasa belajar di sana tetapi bila pulang ke Malaysia, dia memilih memakai cermin mata. Cerita dia, di sana ada pemeriksaan berkala setiap bulan semasa membeli kanta baharu. Risiko menggunakan kanta lekap terlalu tinggi. Dan kata-kata itu benar bila melihat keadaan sekarang.

Satu saja soalan pakar mata saya, tak mahu buat lasik kah? Termenung saya dibuatnya. Mana nak cekau duit ribu-ribu tu? Hehehehe

Jadi, nasihat saya sebagai orang yang rabun, tak rabun tu tak payah la guna kanta lekap ni. Pakai warna apa pun, di paspot tetap tulis warna mata asal. Bila kena jangkitan atau terluka baru nak menyesal, itu terlambat. Lebih baik hargai nikmat Tuhan berikan ni. Kita tak tahu sekiranya tersalah guna boleh jadi kufur nikmat tak.

Bila mudarat dah terbentang depan mata, elok tinggalkan demi kebaikan kita sendiri. Jika masih berdegil nak pakai atas tujuan bercantik-cantik jadi tontonan ajnabi, sila bersedia dengan risiko. Tak hanya takaful atau insurans tetapi juga persiapan mental untuk hadapi. Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tidak berguna.

Bagi yang rabun, pilihlah bentuk bingkai cermin mata yang sesuai dengan wajah anda. Bukan ikut trend. Tolong pakai supaya anda dapat melihat senyuman orang lain. Lebih beradab apabila kita membalas senyuman seseorang. Nikmati pemandangan sebelum buta sepenuhnya.

TBC




[1] Penawar Bagi Hati - Edisi Jimat - Dr. Abdul Basit bin Hj. Abdul Rahman; PTS Publishing House Sdn. Bhd.

No comments: