.

.

17 January 2017

57: Cantik II

Sila baca post sebelum baca post ini.

Manusia mengejar kecantikan. Jika dulu wanita yang dominan dalam hal begini, tetapi hari ini lelaki pun sama naik. 

Cantik itu subjektif. Namun, yang diuar-uar saban hari adalah kecantikan fizikal. Pakaiannya. Solekan wajahnya. Wangiannya. Beratnya. Warna mata. Warna bibir. Dioles-oles hingga tak kelihatan rupa sebenar. Tambah pula sekarang, cantik adalah modal untuk menjadi tular.

Kecantikan yang saya dihurai di perenggan di atas sebenarnya tak kekal. Dan sekarang saya teringat pula krim-krim anti penuaan. Secara umum kelihatan seolah masyarakat menolak menjadi tua. Walhal kitaran hidup manusia ini dari bayi yang tidak mengerti hingga menua tak mampu buat apa-apa semula.

Sekarang saya menyedari bahawa untuk menerima keadaan seadanya itu tak mudah. Sebagai manusia, kita akan sentiasa merindui masa-masa yang mampu aktif dan boleh berdikari. Waktu berlari, melompat dan sebagainya. Akan tiba masanya kemampuan itu Allah tarik semula.

Ingat 5 sebelum 5. Kaya sebelum miskin. Lapang sebelum sempit. Sihat sebelum sakit. Muda sebelum tua. Hidup sebelum mati. Yang ini boleh cari hadisnya. Ok ini selingan. Entah macam mana boleh cross line. Apa pun kita teruskan topik.

Nak cantik-cantik ni nak pegi mana? Confirm ke Tuhan pandang kecantikan dan beri pahala? Meski Tuhan kata Dia sukakan kecantikan, tapi faham ke kita standard atau benchmark cantik disisi Tuhan?

Kata Allah; 
لَقَدْ خَلَقْنَا الْإِنْسَانَ فِي أَحْسَنِ تَقْوِيمٍ

Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya).

Dan lihatlah manusia, masih menambah baik apa yang ada pada jasad. Tak cukup solekan berbagai teknik, pakaian beragam, ditambah lagi dengan pembedahan plastik. Walhal kecantikan fizikal ini tidak kekal. Manusia berasal dari tanah, ke tanah jua kita akan dikembalikan. Melainkan kamu memilih menjadi abu. Itupun sakit kena bakar.

Pakaian yang berbagai rupa dan gaya, lupakah kita sebaik pakaian adalah taqwa? Harap tak ada yang buat fesyen taqwa. Jazakumullahu khair. Sebab taqwa tu nak hurai dengan perkataan, tak cukup vocab apatah lagi nak dibayangkan.

Taqwa adalah hasil keimanan yang dibaja dan dibelai selalu dari tiga komponen; hati, lidah dan anggota badan. Hati mewakili rasa, yang tak nampak. Lidah mewakili ucapan, kata-kata. Anggota badan mewakili amal keseluruhan. 

Usia yang diberi Allah ini hanya pinjaman sebagai manifestasi apa yang kita percaya. Percaya bukan sekadar lafaz. Percaya pada amal yang membawa kepada ibadah-ibadah khusus melalui perintah-perintah khusus. Yang khusus ni hanyalah asas disusuli perintah-perintah umum. Sungguhpun ia umum, perintah-perintah ini bila dilaksanakan memberikan hasil yang tidak mampu difikirkan manusia.

Soalan saya, mana perintah mencantikkan diri (fizikal)? Perintah membersihkan diri (jiwa) ada banyak. Carilah! Atau boleh sembang dengan saya secara tertutup.

Soalan saya lagi, berbaloi ke nak cantik kemudian merana? 

Jika ada idea, saya sambung ke bahagian ketiga.

No comments: